Skip to main content

Hiburan

“Bukan Nak Samakan Diri Dengan Tom Holland Tapi…” – Evertts Gomes

“Bukan Nak Samakan Diri Dengan Tom Holland Tapi…” – Evertts Gomes

Sekilas

  • Evertts Gomes sudah ada perancangan jelas untuk kerjaya sejak sertai Hero Dewi Remaja dan menganggap penglibatan dalam High Council Universe sebagai pencapaian penting.
  • Beliau berjaya merealisasikan impian bekerjasama dengan pelakon terkenal seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Hun Haqeem, dan Mierul Aiman.
  • Evertts percaya kejayaan datang melalui proses dan rezeki, serta menekankan pentingnya kesabaran dan keikhlasan dalam mencapai impian.
Advertisement

Pelakon, Evertts Gomes mengakui dirinya sudah mempunyai perancangan yang jelas mengenai hala tuju kerjayanya sejak menyertai program Hero Dewi Remaja.

Justeru, penglibatannya dalam naskhah High Council Universe disifatkan sebagai satu pencapaian penting kerana ia merupakan antara impian yang pernah disenaraikan dalam wishlist peribadinya.

Advertisement

“Sebab bila saya masuk Hero Dewi Remaja, saya dah tahu apa yang saya nak bila umur saya 40. Saya dah tahu apa yang saya nak untuk masa depan saya.

“So, to be in High Council Universe, it's an achievement and it's a milestone yang saya dah tulis, saya dah plan, saya dah tick.

“Dan saya ada banyak lagi dekat belakang yang saya nak target,” katanya.

Bercerita mengenai wishlist tersebut, Evertts berkata High Council sememangnya antara projek yang sudah lama diimpikannya dan kini berjaya direalisasikan.

Lebih menarik, bukan hanya naskhah, malah hasrat untuk bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri hiburan tempatan juga menjadi kenyataan.

“Wishlist saya, so High Council is one of it, saya dah dapat.

“Masa saya keluar daripada Hero Dewi Remaja pun, I manifested nak bekerja dengan Fattah Amin dengan Fazura, dan projek pertama saya dengan mereka pun tercapai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Evertts juga mengakui pernah menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan Nadhir Nasar, Hun Haqeem dan Mierul Aiman dan tidak menyangka perkara itu juga menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Evertts tidak melihat kejayaan itu sebagai sesuatu yang datang dengan mudah, sebaliknya percaya setiap perkara memerlukan proses serta rezeki.

“Semasa saya dekat Hero Dewi Remaja, saya pernah berborak dengan roommate saya, Hakim. Saya cakap, ‘Best kalau dapat bekerja dengan Nadhir, Hun Haqeem dan Mierul Aiman.’

“Benda itu tercapai bila saya dapat kerja dengan Nadhir di Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Meerqeen dalam Thariq, dan Mierul Aiman untuk Dari Mata Turun Ke Hati dan Kudrat 1968. Ramai pelakon yang saya manifest dan ramai yang saya dapat. Bukan nak samakan diri dengan Tom Holland, tapi berkat keikhlasan itu, bila kita bersabar, insya-Allah Allah akan bagi,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement