Kerap membuat majlis ilmu bersama rakan-rakan baiknya, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad menganggap kelas yang diadakan itu seperti pusat servis.
Menerusi perkongsian di Threads, Betty memberitahu menghadiri majlis tersebut bukan bertujuan menunjukkan diri seorang yang baik sebaliknya ilmu yang dipelajari akan menjadi bekal apabila sudah meninggal dunia.
Advertisement
“Majlis Ilmu ni ibarat ‘service center’ bagi saya. Allignment tayar lari, tukar minyak hitam, service aircond dan sebagainya pergi sana.
“Macamtu la iman kita. Bukan pergi sebab diri baik, tapi sebab nak cuba jadi baik. Nak belajar ilmu yang boleh jadi bekal bila mati nanti,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu turut mengajak orang ramai untuk menyertai majlis ilmu.
“Bila rasa nak tersasar, hadir majlis ilmu Allah tarik balik back on track. Segala yang buruk, jadi salahkan diri saya yang sentiasa buat dosa, jangan salahkan majlis ilmu yang indah dipenuhi para malaikat-malaikat. Cuba pergi tau,” katanya lagi.