Skip to main content

Hiburan

Bukan Pilihan Sendiri, Norish Karman Dapat Tajaan Buat Rawatan Di Hospital - “Anak Dapat Arahan Daripada…”

Norish Karman

Sekilas

  • Pelakon Norish Karman menjelaskan dia mendapatkan rawatan di hospital swasta atas tajaan beberapa individu, bukan atas pilihannya sendiri.
  • Anaknya yang menguruskan rawatan tersebut berdasarkan arahan daripada penaja dari Singapura dan Kuala Lumpur.
  • Norish meminta orang ramai berhenti mengkritik dan memaki anak-anaknya serta mengampunkan kata-kata kesat yang pernah dilemparkan kepadanya.
Advertisement

Pelakon, Norish Karman tampil menjelaskan dakwaan selepas dirinya dikecam teruk kerana mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Dakwa Norish, mendapatkan rawatan di hospital mewah bukan atas pilihannya sendiri sebaliknya dibuat kerana mendapat tajaan daripada beberapa individu.

Advertisement

"Kenapa hendak sibuk? Maknanya ada penaja daripada Singapura dan seorang penerbit di Kuala Lumpur yang begitu baik, mulia hatinya, menggesa saya mendapatkan rawatan terbaik. Jadi, saya buatlah.

"Ketika itu (hari dimasukkan ke hospital), saya tidak sedar. Ini semua kerja Amanda (anak). Tahu-tahu, saya berada di katil hospital. Anak saya yang uruskan semuanya dengan arahan daripada orang-orang Singapura dan seorang dari Kuala Lumpur.

"Mereka suruh anak saya beri rawatan yang terbaik kepada saya... Macam itulah kaedahnya," katanya menerusi program Melodi TV3.

Sehubungan dengan itu, Norish meminta orang ramai untuk berhenti mempertikai kehidupannya serta memaki dengan melemparkan kata-kata negatif terhadap anak-anaknya.

"Saya fikir tidak ada siapa pun manusia perlu pertikai dan mohon berhentilah maki hamun anak-anak saya.

"Saya okay, 32 tahun jadi artis orang maki, okay sahaja. Tidak payahlah ungkit cerita lama, bosanlah. Sudah basi.

"Hari ini saya ikrar mengampunkan semua kata-kata kesat. Bagaimana Allah selalu maafkan kita, carilah keredaan Allah, perlahan-lahan perbaiki diri kita," katanya.

Sumber: Melodi TV3

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement