Skip to main content

Hiburan

Bukan Sebab lelaki Chacha Maembong Nampak ‘Glowing’ - “Bila Kita Bahagia, Tak Semestinya…”

ASTROGEMPAKA Chacha

Sekilas

  • Pelakon Chacha Maembong menafikan kebahagiaannya kini disebabkan hubungan cinta dengan jejaka martial arts.
  • Chacha menjelaskan aura positif dari orang sekeliling, terutama pelakon Tracie Sinidol, adalah punca utama kebahagiaannya.
  • Drama 'Dendam Seorang Mentua' yang dibintangi Chacha dan Tracie kini ditayangkan di Astro Ria.
Advertisement

Dilihat semakin berseri-seri, pelakon Chacha Maembong menafikan dirinya kini bahagia disebabkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka aktif dalam sukan martial arts. 

 

Advertisement

Menurut Chacha, kebahagiannya tercipta disebabkan orang sekelilingnya yang memberi aura positif termasuklah pelakon gandingannya dalam drama ‘Dendam Seorang Mentua’ iaitu Tracie Sinidol. 

 

“Kenapa kalau kita glowing, kita lawa kenapa kena libatkan bercinta? Saya boleh bahagia dengan keluarga saya. Bukan kerana jejaka martial arts, tapi sebab Tracie. 

Advertisement

 

“Bukan fasal lelaki, fasal Tracie. Dalam hidup ni bila kita bahagia, tak semestinya sebab cinta sahaja. Ada sebab keluarga, ada sebab kawan dan sebenarnya semuanya tentang sekeliling kita. 

 

“Kalau surrounding kita dah positif, boleh buat kita happy, automatik kita pun akan berseri. Doesn't mean sebab kita punya partner sahaja. Saya happy sebab surrounding saya yang bagi saya positif yang luar biasa,” katanya kepada Gempak. 

 

Adik kepada pelakon Emma Maembong itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media untuk drama lakonannya pada Selasa. 

 

Selain Chacha dan Tracie, drama yang ditayangkan di Astro Ria itu turut dibintangi oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan Hariz Hamdan. 

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Must Watch Video

Advertisement