Skip to main content

Hiburan

“Bukan Sebab Tak Waras Tapi...” - Lalui Hari Sukar, Bella Astillah Dedah Pernah Jumpa Pakar Psikiatri

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah pernah menjalani beberapa sesi kaunseling dengan pakar psikiatri sekitar lapan tahun lalu tanpa mendedahkan kepada umum kerana bimbang stigma negatif.
  • Dia menegaskan pentingnya mendapatkan bantuan profesional untuk kesihatan mental dan menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum mereka yang menghadapi masalah tersebut.
  • Bella juga berkongsi bahawa berjumpa pakar psikiatri adalah satu bentuk usaha dan kasih sayang kepada diri sendiri, bukan tanda ketidakwarasan.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia pernah bertemu dengan pakar psikiatri dan menjalani beberapa sesi kaunseling sekitar lapan tahun yang lalu. 

 

Advertisement

Bagaimanapun, Bella memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut berikutan bimbang dengan stigma negatif mengenai masalah kesihatan mental.

 

“Sebenarnya tak ramai orang tahu, saya pernah melalui hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk jumpa pakar psikiatri.

Advertisement

 

“Saya pergi ke beberapa sesi kaunseling berseorangan, setiap sesi sejam ke sejam 30 minit. Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa mahupun di media sosial.

 

“Kadang-kadang orang akan cepat menghukum dan menilai. Saya tak mahu bila saya kongsi, nanti spekulasi orang akan bertambah,” katanya ketika menghadiri sebuah majlis. 

 

Pada perkongsian itu, tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ini turut menitipkan pesanan kepada individu yang mempunyai masalah sama untuk mendapatkan bantuan segera agar isu kesihatan mental mereka dapat ditangani.

 

“Tapi apa sahaja yang kita buat, kita ikhtiar untuk diri sendiri. Tak semestinya bila jumpa dengan pakar psikiatri kita tidak waras. Sebenarnya kita sayang pada diri kita.

 

“Jangan cepat menilai dan jangan dapatkan bantuan di tempat yang salah. Bukanlah bergantung pada manusia, tapi kita sebagai manusia perlu ikhtiar dan usaha,” katanya. 

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Must Watch Video

Advertisement