Skip to main content

Acara

Bukan Sekadar Bazar Raya! Anjung Syawal 2027 Bakal Dimeriahkan Persembahan Artis, Sasar 1.5 Juta Pengunjung

Bukan Sekadar Bazar Raya! Anjung Syawal 2027 Bakal Dimeriahkan Persembahan Artis, Sasar 1.5 Juta Pengunjung

Sekilas

  • Festival Ramadan Putrajaya 2027 akan berlangsung selama 30 hari dari 8 Februari hingga 9 Mac di Dataran Putrajaya dengan sasaran 1.5 juta pengunjung.
  • Anjung Syawal menawarkan pelbagai aktiviti termasuk persembahan artis, program kebudayaan, sesi bersama selebriti, serta pilihan makanan dan membeli-belah.
  • Lebih 200 lot niaga habis ditempah dalam 24 jam, manakala Gastro Seni dan Laman Iftar turut menjadi tarikan utama festival kali ini.
Advertisement

Anjung Syawal sempena Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2027 bakal tampil dengan lebih banyak tarikan menarik termasuk persembahan artis, program kebudayaan, aktiviti kekeluargaan serta pelbagai pilihan makanan dan membeli-belah.

Dijadualkan berlangsung selama 30 hari bermula 8 Februari hingga 9 Mac 2027 di Dataran Putrajaya, Presint 3, acara berkenaan menyasarkan kehadiran 1.5 juta pengunjung.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga Maju Sdn. Bhd. (PNM), Muhamad Arif Omar berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan sambutan menggalakkan pada penganjuran terdahulu yang merekodkan sebanyak 1,386,452 kunjungan.

Menurutnya, penganjuran kali ini bakal menawarkan pengalaman Ramadan yang lebih menyeluruh menerusi gabungan tiga tarikan utama iaitu Anjung Syawal, Gastro Seni dan Laman Iftar.

“Anjung Syawal akan terus menjadi tumpuan membeli-belah dan persiapan Aidilfitri dengan pelbagai pilihan vendor serta jenama terkenal.

Advertisement

“Gastro Seni pula memberi fokus kepada makanan, seni, kreativiti dan gaya hidup, manakala Laman Iftar menyediakan ruang berbuka puasa secara santai bersama keluarga dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Persembahan Artis, Nasyid & Sesi Bersama Selebriti

Menariknya, Anjung Syawal 2027 turut merancang pelbagai pengisian harian dan mingguan bagi menarik minat pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.

Antara aktiviti yang bakal diketengahkan termasuk persembahan artis, nasyid, program kebudayaan, sesi bersama selebriti dan pempengaruh serta aktiviti interaktif untuk keluarga dan generasi muda.

Muhamad Arif berkata, pihaknya mahu menjadikan acara tersebut lebih daripada sekadar lokasi membeli-belah menjelang Aidilfitri.

“Kami mahu Anjung Syawal menjadi lebih daripada sebuah bazar Raya. Pengunjung bukan sahaja datang untuk mencari keperluan Aidilfitri, tetapi turut menikmati suasana Ramadan, berbuka puasa dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Pengisian yang berterusan sepanjang 30 hari juga diharap dapat menarik kunjungan berulang, sekali gus memberi peluang perniagaan yang lebih luas kepada vendor dan jenama yang mengambil bahagian,” katanya.

Lebih 200 Lot Niaga Habis Ditempah Dalam 24 Jam

Dalam perkembangan sama, sambutan daripada peniaga juga dilihat memberangsangkan apabila lebih 200 lot niaga Anjung Syawal habis ditempah hanya dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dibuka.

Bagaimanapun, beberapa lot niaga masih ditawarkan khususnya di kawasan premium dan ruang khas untuk penyertaan jenama utama serta rakan penaja.

Penganjuran tahun 2027 juga menyaksikan PNM buat pertama kalinya diberi tanggungjawab mengendalikan Gastro Seni yang sebelum ini dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra).

Festival Ramadan Putrajaya 2027 merupakan penganjuran kali ke-15 oleh PPj yang membawa tema Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

Lokasinya yang strategik serta mudah diakses dari Cyberjaya, Bangi, Kajang dan kawasan sekitar dijangka menjadi antara faktor yang membantu menarik lebih ramai pengunjung.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengisian dan perkembangan Anjung Syawal FRP 2027 menerusi platform rasmi acara berkenaan.


 

Anda mungkin berminat dengan

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

INCERUN Men's Clear Color silhouette button up shirt

INCERUN Men's Clear Color silhouette button up shirt

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Must Watch Video

Advertisement