Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Buku Nota Biasa, ‘Pace Note’ Penentu Antara Hidup Dan Mati Pemandu Rali

Bukan Sekadar Buku Nota Biasa, ‘Pace Note’ Penentu Antara Hidup Dan Mati Pemandu Rali

Sekilas

  • Pace notes adalah catatan tulisan tangan khas yang digunakan oleh pemandu dan jurunavigasi dalam perlumbaan rali untuk mengawal kereta pada kelajuan tinggi di laluan berbahaya.
  • Catatan ini dibuat selepas sesi reconnaissance dan mengandungi kod serta arahan penting yang dibaca oleh jurunavigasi untuk membantu pemandu menghadapi selekoh dan halangan.
  • Filem Terbang yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali Karamjit Singh akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada September ini, menampilkan pelakon popular seperti Jack Tan dan Zizan Razak.
Advertisement

Dalam dunia rali, sebuah buku nota kecil yang dipenuhi tulisan tangan mampu menjadi penentu sama ada sesebuah pasukan muncul juara atau sekadar menamatkan perlumbaan.

Dikenali sebagai pace notes, catatan tersebut bukan sekadar nota biasa, sebaliknya merupakan ‘bahasa rahsia’ antara pemandu dan jurunavigasi yang membolehkan kereta dipandu pada kelajuan mencecah 150 kilometer sejam di laluan yang penuh selekoh serta bahaya.

Berbeza dengan perlumbaan litar, laluan rali hanya dilalui sekali sahaja ketika perlumbaan sebenar.

Atas sebab itu, setiap selekoh, perubahan permukaan jalan, cerun, lompatan dan halangan direkodkan terlebih dahulu ketika sesi reconnaissance (recce) beberapa hari sebelum perlumbaan.

Hasil tinjauan tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam pace notes, iaitu catatan tulisan tangan menggunakan kod dan simbol khas yang hanya difahami oleh pemandu serta jurunavigasi mereka.

Kod tersebut lazimnya menggunakan nombor bagi menunjukkan tahap ketajaman selekoh, selain disertakan arahan seperti ‘crest’, ‘jump’, ‘narrows’, ‘slippery’ atau ‘don’t cut’ bagi memberi amaran awal kepada pemandu.

Sepanjang perlumbaan, jurunavigasi akan membacakan setiap arahan beberapa saat lebih awal agar pemandu dapat bersedia sebelum memasuki selekoh atau halangan seterusnya.

Kepercayaan antara pemandu dan jurunavigasi juga menjadi faktor utama kerana kebanyakan masa, pemandu membuat keputusan berdasarkan arahan yang didengari tanpa sempat melihat keadaan sebenar di hadapan.

Satu kesilapan menyebut kod, kelewatan beberapa saat atau catatan yang kurang tepat boleh menyebabkan pemandu mengambil selekoh pada kelajuan yang salah, sehingga boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Justeru, ramai menganggap pace notes sebagai bahasa yang memastikan kereta rali terus ‘hidup’ sepanjang perlumbaan, manakala buku nota kecil milik jurunavigasi pula menjadi aset paling berharga dalam sesebuah pasukan.

Keunikan hubungan antara pemandu, jurunavigasi dan pace notes itu turut diketengahkan dalam filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem terbitan Astro Shaw ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Terbang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement