Skip to main content

Drama

Bukan Sekadar Drama Muzikal, School Of Stars Bawa Evertts Gomes, Nelysa Kay Selami Kisah & Impian Anak Muda

Bukan Sekadar Drama Muzikal, School Of Stars Bawa Evertts Gomes, Nelysa Kay Selami Kisah & Impian Anak Muda

Sekilas

  • Astro akan menayangkan siri drama muzikal terbaharu, School of Stars (S.O.S), yang mengisahkan kehidupan pelajar universiti dan cabaran mereka dalam membuktikan bakat masing-masing.
  • Siri ini mengetengahkan isu penting seperti keyakinan diri, kesihatan mental, dan tekanan sosial yang dekat dengan generasi muda masa kini.
  • S.O.S akan mula bersiaran pada 18 November 2026 di Astro Ria, Astro GO, On Demand, dan Sooka, serta menampilkan barisan pelakon muda dan berpengalaman tempatan.
Advertisement

Astro selaku peneraju industri hiburan di Malaysia akan mempersembahkan siri drama terbaharu yang bertemakan muzikal, School of Stars (S.O.S).

S.O.S yang berlatarbelakangkan kehidupan pelajar universiti akan membawa penonton menyelami dunia anak muda yang sentiasa diduga dengan cabaran, tekanan dan persaingan untuk membuktikan mereka mempunyai bakat yang tersendiri.

Advertisement

Dengan sentuhan muzik, siri ini turut mengetengahkan isu yang dekat dengan generasi muda masa kini termasuk isu keyakinan diri, kesihatan mental, tabiat membuli dan tekanan perasaan

Menurut Penolong Naib Presiden, Kandungan GenNext, Nufazlina Radzi, S.O.S. membawakan sebuah kisah yang dekat dengan kehidupan generasi muda hari ini.

“Selain hiburan dan muzik, siri ini turut menyentuh cabaran yang sering dihadapi mereka seperti tekanan sosial, keyakinan diri dan pencarian identiti.

Advertisement

“Harapan kami siri ini bukan sahaja dapat menghiburkan penonton malah akan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus percaya pada kebolehan diri, tidak mudah berputus asa dan berani mengejar impian walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Kami juga ingin menyampaikan mesej bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan cerita tersendiri, dan apa yang penting adalah untuk terus menjadi diri sendiri,” ujarnya.

Menariknya lagi, siri ini menampilkan barisan bakat muda tempatan yang sedang meningkat naik seperti Evertts Gomes, Nelysa Kay, Daniel Fong, Alvy Joanna dan Faiz Najib.

Turut membintangi siri ini adalah pelakon berpengalaman, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan Rashidi Ishak.

Siri ini juga diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd. di bawah penerbit Lina Tan dan arahan Imri Nasution.

Siri S.O.S turut mendapat sokongan daripada NESCAFÉ selaku Rakan Strategik, yang turut membawakan kemeriahan dan meningkatkan pengalaman tontonan sepanjang siri ini berlangsung.

Siri lapan episod ini akan bersiaran mulai 18 November 2026, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam melalui Astro Ria (saluran 104), Astro GO, On Demand, dan Sooka.

Bagi memertabatkan lagi keunikan siri ini, Astro turut memperkenalkan lagu runut bunyi asal (OST) berjudul ‘Terbang Tinggi’, yang telah dilancarkan pada 21 Oktober 2026.

Lagu ini dinyanyikan oleh DNA, sebuah kumpulan muzik fiksyen yang turut menjadi sebahagian daripada jalan cerita S.O.S.

Pelancaran Terbang Tinggi memberi peluang kepada para peminat untuk mengenali dan menjiwai muzik dan identiti DNA serta mengikuti perjalanan mereka menerusi siri ini.

Lagu tersebut turut membawa mesej tentang keberanian mengejar impian, percaya kepada kebolehan diri dan terus bangkit walaupun berdepan pelbagai cabaran. 

 

Sinopsis:

S.O.S. mengisahkan tentang pengorbanan Fiz (Evertts Gomes), seorang pelajar berbakat daripada keluarga berpendapatan rendah, yang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni.

Perjalanan semakin mencabar apabila Fiz bertemu dengan Puteri (Nelysa Kay), seorang pelajar yang meletakkan harapan tinggi terhadap dirinya, serta Damien (Daniel Fong), teman lelaki Puteri yang berbakat dan berasal dari keluarga berada.

Persaingan antara mereka kemudiannya berkembang menjadi konflik dan mereka perlu belajar bekerjasama sambil mengetepikan perbezaan masing-masing demi menghadapi pertandingan yang bakal menentukan masa depan. 

Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP:RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan.

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement