Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Kisah Cinta, The Real Mamu Angkat Pengorbanan Seorang Ayah

Astro Gempak 549

Sekilas

  • Filem The Real Mamu arahan Zulkifli Abu Hassan dan Dharma Nasution mengangkat tema kekeluargaan, pengorbanan, dan kemanusiaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
  • Penggambaran filem ini bermula pada 26 Jun dengan barisan pelakon terkenal seperti Saiful Apek, Didie Alias, dan Yassin Senario yang dipilih dengan teliti.
  • Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Mamu yang sanggup berkorban demi keluarga dan sahabat, membawa mesej penting tentang nilai kasih sayang dan keluarga dalam kehidupan moden.
Advertisement

Filem terbaharu berjudul The Real Mamu arahan bersama Zulkifli Abu Hassan dan Dharma Nasution menjanjikan sebuah naskhah sarat emosi yang mengetengahkan nilai kekeluargaan, pengorbanan dan kemanusiaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Filem terbitan Z & K Creative Sdn. Bhd. itu dijadual memulakan penggambaran pada 26 Jun ini dengan menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air.

Menurut pengarahnya, Zulkifli Abu Hassan, pemilihan pelakon dilakukan dengan teliti bagi memastikan setiap watak dapat diterjemahkan dengan baik kepada penonton.
“Saya merasakan pemilihan pelakon untuk filem ini sangat tepat dan masing-masing bersesuaian dengan karakter yang diberikan.

“Harapan saya sudah tentu agar The Real Mamu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat apabila ditayangkan nanti,” katanya pada majlis pelancaran filem tersebut baru-baru ini.

Menurut Zulkifli, filem berkenaan bukan sekadar mengisahkan seorang lelaki bernama Mamu, sebaliknya membawa mesej lebih besar mengenai kasih sayang dan pengorbanan.

“The Real Mamu bukan sekadar kisah seorang lelaki bernama Mamu.

“Filem ini adalah kisah tentang seorang ayah, seorang suami dan seorang sahabat yang sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang disayanginya.

“Dalam dunia hari ini, ramai yang mengejar kekayaan dan kedudukan, tetapi akhirnya yang paling bernilai adalah keluarga. Itulah mesej utama yang ingin kami sampaikan melalui filem ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, filem tersebut turut mendapat sokongan daripada usahawan Goh Kean Hon yang bertindak selaku pelabur utama.

Keberaniannya melabur dalam industri kreatif tempatan disifatkan menyamai dedikasi yang pernah ditunjukkan penerbit tersohor, David Teo dalam memartabatkan industri perfileman negara.

Sementara itu, penerbit filem berkenaan, Abdul Hafiz Abdul Halim berkata, The Real Mamu hadir dengan gabungan elemen drama, kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan yang mampu menyentuh hati penonton.

Filem tersebut dibarisi pelakon hebat seperti Saiful Apek, Didie Alias, Wan Raja, Adam Corrie, Yassin Senario, Wafariena, Zairi Aziz serta ramai lagi.

Menerusi filem berkenaan, Saiful Apek yang memegang watak utama sebagai Mamu membawa karakter seorang figura masyarakat yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat, pangkat mahupun kedudukan.

Lebih daripada sekadar kisah cinta, The Real Mamu mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan, maruah, kesetiaan serta perjuangan seorang ayah yang sanggup berkorban demi insan tersayang.

Dengan gabungan pelakon berpengalaman, jalan cerita yang menyentuh emosi dan mesej yang dekat dengan realiti kehidupan, The Real Mamu dijangka menjadi antara naskhah tempatan yang dinantikan penonton apabila ditayangkan kelak.

Anda mungkin berminat dengan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Must Watch Video

Advertisement