Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Kisah Memasak, Teater Muzikal Tomyah Berdarah Angkat Kisah Industri F&B

Teater Muzikal Tomyam Berdarah

Sekilas

  • CTRA Production dan Peran Opera tampil dengan Teater Muzikal Tomyam Berdarah yang menggabungkan hiburan dan pendedahan tentang potensi bidang kulinari sebagai kerjaya.
  • Teater ini mengangkat tema kuasa, warisan, isu toksik tempat kerja dan nilai kemanusiaan dalam konteks operasi restoran dengan pendekatan satira dan muzik.
  • Pementasan akan berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos 2026 di Panggung Seni, UKM, menampilkan pelakon seperti Karl Shafek dan Juhara Ayob.
Advertisement

Melihat kepada perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia, syarikat produksi, CTRA Production bersama Peran Opera mengambil pendekatan berbeza apabila tampil menerusi pementasan teater muzikal berjudul Tomyam Berdarah.

Menurut penerbitnya Siti Rohayah Attan, pementasan teater ini bukan sekadar hiburan, malah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai potensi besar bidang kulinari sebagai kerjaya, selari dengan usaha kerajaan memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Advertisement

Menurutnya, bidang kulinari kini tidak lagi hanya tertumpu kepada kemahiran memasak, sebaliknya merangkumi elemen kreativiti, seni, teknikal dan inovasi yang mampu menjana pendapatan serta mengukuhkan industri F&B negara.

“Kebiasaannya, sebut saja aktiviti memasak kita hanya membayangkan ruang dapur di rumah, sedangkan industri F&B ini luas apabila diterokai dengan sebaik-baiknya.

“Menerusi platform kulinari juga anak-anak muda berpeluang menjadi cef di hotel atau restoran terkemuka, cef selebriti, bergelar usahawan produk makanan atau minuman, pengusaha restoran ataupun aktif sebagai pempengaruh makanan di media sosial.

“Justeru, melihat potensi bidang kulinari membantu membina kerjaya terbaik dan popularitinya sering diangkat dalam drama tempatan mahupun luar negara, maka CTRA Production turut mengambil tema serupa dengan menerapkan elemen mendidik sambil berhibur,” katanya.

Sementara itu, pengarahnya iaitu Aloeng Silalahi menyifatkan Teater Muzikal Tomyam Berdarah sebagai naskhah baharu dalam siri pementasan jenayah interaktif yang menggabungkan naratif satira, struktur muzikal dan pendekatan site-responsive.

Katanya, karya tersebut mengangkat tema kuasa, warisan, isu toksik di tempat kerja serta nilai kemanusiaan yang tersembunyi di sebalik operasi sebuah restoran.

“Ringkasnya, teater ini bukan sekadar cerita tentang kematian, tetapi mengenai hidup yang ‘direbus’ bersama harapan, dendam dan identiti dan semuanya disajikan di dalam satu periuk tomyam,” katanya.

Lebih menarik, pementasan ini akan menampilkan barisan pelakon seperti Karl Shafek dan Juhara Ayob.

Jangan lupa untuk saksikan Teater Muzikal Tomyah Berdarah pada 28 hingga 30 Ogos 2026 ini di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement