Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Lagu Raya, Aisha Retno Cipta ‘Perayaan Untuk Semua’

Astrogempak AISHA RETNO

Sekilas

  • Aisha Retno bersyukur lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran, menerima sambutan luar biasa dengan lebih 15 juta strim termasuk di Indonesia.
  • Lagu ini berjaya menambat hati semua lapisan umur dan masyarakat kerana ia membawa semangat perayaan yang menyatukan semua golongan.
  • Aisha merancang untuk keluarkan EP khas lagu raya jika permintaan tinggi, menawarkan lebih banyak pilihan lagu raya pada masa depan.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meluahkan rasa syukur selepas lagu raya terbaharunya iaitu Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa daripada pendengar.

Menurut Aisha, kejayaan lagu tersebut memberi makna besar buat dirinya kerana ia merupakan lagu keduanya yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan selepas single Inggerisnya, W.H.U.T yang juga berjaya mendapat sambutan di negara jiran, Indonesia.

"Sebenarnya ini adalah kali kedua sebenarnya selepas lagu W.H.U.T. Saya sangat gembira apabila lagu ini menerima sambutan yang sangat baik daripada semua orang.

"Saya sendiri memberi tekanan kepada diri sendiri kerana dahulu sudah tular dengan lagu Ketipak Ketipung Raya jadi memang saya agak skeptikal apabila mahu lancarkan lagu Jodoh Lebaran tapi apabila melihat kejayaan lagu ini sehingga boleh cecah 15 juta strim saya sangat bersyukur.

"Saya juga sangat bersyukur kerana lagu ini juga mendapat tempat di Indonesia. It’s a raya after all, so sesiapa yang nak dengar lagu ni boleh dipersilakan," katanya kepada Gempak.

Melihat kepada sambutan daripada netizen, Aisha juga akui tidak sangka lagu itu berjaya menambat hati semua lapisan umur dan masyarakat.

Namun, penyanyi berusia 25 tahun itu percaya lagu raya bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya satu bentuk perayaan yang menyatukan semua golongan tanpa mengira latar belakang.

"Saya rasa lagu raya ni, it’s a celebration for all. Tak kira umur kan, kaya ke miskin ke, tua muda. So kita kena ada aim bila release lagu ni, target market apa... kalau boleh itu memang kena cari yang diterima semualah.

"That’s why Aisha letak macam lirik "dua tiga sembilan hari", macam tu mengambil memorilah untuk pantun-pantun kita, macam tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha turut bersikap terbuka menerima apa sahaja gelaran atau pandangan yang diberikan oleh peminat, malah menganggapnya sebagai motivasi untuk terus berkarya.

“Apa pun yang orang gelarkan pada Aisha, Aisha terima dengan baik. Itu semua jadi pembakar semangat untuk Aisha terus buat muzik, terutamanya lagu raya,” katanya lagi.


Rancang Terbitkan Raya EP

Melihat kepada sambutan luar biasa, Aisha tidak menolak kemungkinan untuk tampil dengan lebih banyak karya pada masa akan datang, termasuk menghasilkan sebuah EP khas lagu raya.

“Kalau ramai nak lagu raya yang lebih meruntun jiwa, Aisha akan buat. Kalau nak yang rancak macam Jodoh Lebaran pun boleh.

“Mungkin insya-Allah, kalau ada permintaan tinggi lagi tahun depan, Aisha akan keluarkan satu Raya EP supaya pendengar ada lebih banyak pilihan,” kongsinya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must-Watch Video

Advertisement