Isteri kepada pempengaruh media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak menjelaskan sebab dirinya memilih untuk tidak berjumpa dengan mana-mana ahli keluarga buat sementara waktu.
Jelas Fatin, keputusan itu dibuat kerana mahu berehat dan menenangkan fikirannya terlebih dahulu.
“Bukan saya tak nak jumpa sesiapa tapi saya nak tenangkan fikiran dulu dan berehat.
“Sekarang ini saya dah sihat dan sedang menunggu nak keluar (dari hospital) sahaja.
Advertisement
Dalam masa yang sama, Fatin turut mempertahankan Prince Syed dan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya menghalang daripada berjumpa ahli keluarga
“Tak betul pun,” - kongsi Fatin dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.
Dalam masa yang sama, Prince Syed yang setia menemai Fatin di sisi meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati keputusan yang dibuat seseorang.
“Bukan saya cuba pisahkan isteri dengan keluarga dia, tidak sama sekali tetapi ada salah faham.
“Kita kena faham dan hormat pendirian orang.
Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka untuk menjenguk anaknya itu yang dikhabarkan sedang sakit.
Lebih mengejutkan, ibu Fatin juga mendakwa anaknya telah diminta untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.