Skip to main content

Hiburan

“Bukan Tak Sayang Bella…” - Enggan Aniaya Anak Orang, Ibu Syed Saddiq Pernah Di Fasa Dilema

“Bukan Tak Sayang Bella…” - Enggan Aniaya Anak Orang, Ibu Syed Saddiq Pernah Di Fasa Dilema

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, pernah berada dalam dilema menerima Bella Astillah kerana kes mahkamah anaknya masih belum selesai ketika itu.
  • Sharifah Mahani hanya benar-benar lega dan menerima Bella selepas keputusan mahkamah memihak kepada Syed Saddiq.
  • Sharifah Mahani memuji Bella sebagai wanita berdikari, berani, dan gigih berusaha demi keluarga dan anak-anaknya.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui pernah berada dalam dilema ketika pertama kali mengenali Bella Astillah kerana ketika itu kes mahkamah membabitkan anaknya masih belum selesai.

Menurut Sharifah Mahani, dia bukan tidak menerima Bella, sebaliknya bimbang sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Syed Saddiq, keadaan tersebut mungkin memberi kesan terhadap masa depan penyanyi itu.

Advertisement

“Terus terang saya cakap, masa mula-mula jumpa Bella, Saya tak percaya dan khuatir. Saya dalam dilema sama ada Bella akan menjadi menantu saya atau tidak sebab perbicaraan di mahkamah.

“Bukan saya tak sayang Bella. Saya banyak berdiam diri sebab penentuannya ketika itu adalah mahkamah. Kalau Saddiq kalah, minta dijauhkan, saya tak nak aniaya anak perempuan orang. Berdosa,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, dia hanya benar-benar berasa lega dan bersedia menerima Bella sebagai sebahagian keluarga selepas keputusan mahkamah memihak kepada anaknya.

“Bila Saddiq diberikan kemenangan, syukur Alhamdulillah. Hati begitu gembira dan barulah boleh bersedia untuk bersama-sama menerima Bella dalam keluarga kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sharifah Mahani turut memuji keperibadian bakal menantunya yang disifatkan sebagai wanita berdikari, berani dan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sesuatu.

“Apa yang saya nampak, Bella seorang yang berdikari. Banyak perkara dia cuba lakukan sendiri dan dia berani tampil ke hadapan untuk mencapai kejayaan.

“Dia bukan hanya pandai bercakap, tetapi cakap dan lakukan. Apa yang dia usahakan bukan untuk diri sendiri saja tetapi untuk anak-anak, Ara dan Ayden serta keluarganya,” katanya.

Sharifah Mahani berkata pengalaman kegagalan rumah tangga sebelum ini juga dilihat menjadikan Bella lebih kuat untuk meneruskan kehidupan dan membina masa depan bersama anak-anak.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan selepas berkongsi tarikh pernikahan mereka menerusi program MeleTOP.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Must Watch Video

Advertisement