Skip to main content

Hiburan

Bukan Tiba-Tiba! Shila Amzah Ambil Masa Hampir 3 Tahun Untuk...

Bukan Tiba-Tiba! Shila Amzah Ambil Masa Hampir 3 Tahun Untuk...

Sekilas

  • Shila Amzah berkongsi bahawa perubahan fizikalnya mengambil masa hampir tiga tahun dan bukan berlaku secara tiba-tiba seperti yang disangka ramai.
  • Dia pernah mencuba pelbagai diet dan senaman intensiti tinggi, namun menyedari tubuhnya berubah selepas usia 30-an dan selepas melahirkan dua anak.
  • Shila menekankan pentingnya mengurus tekanan, tidur cukup, dan perubahan corak pemakanan dalam perjalanan menurunkan berat badan.
Advertisement

Penyanyi, Shila Amzah menegaskan perubahan fizikal yang dilaluinya bukan berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya mengambil masa hampir tiga tahun untuk mencapai berat badan sekarang.

Shila berkata, dia terpanggil untuk berkongsi perjalanan penurunan berat badannya selepas menerima banyak pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui rahsia dirinya kelihatan semakin kurus.

Advertisement

“Penafian, saya buat video ini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tetapi sebab ramai yang bertanya. Ramai tiba-tiba komen, macam mana boleh tiba-tiba kurus?

“Perkataan ‘tiba-tiba’ itu bukanlah menyakiti hati saya, tetapi seolah-olah menidakkan usaha saya selama hampir tiga tahun,” katanya.

Pada masa sama, Shila mengakui pernah terlalu obses dengan sesuatu jenis diet sebelum meninggalkannya apabila tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.

Advertisement

Malah, dia juga pernah mencuba pelbagai jenis senaman berintensiti tinggi seperti kickboxing, Muay Thai dan High-Intensity Interval Training (HIIT).

Bagaimanapun, selepas memasuki usia 30-an dan melalui perubahan fizikal selepas melahirkan dua cahaya mata, Shila mula menyedari bahawa tubuhnya tidak lagi memberikan tindak balas yang sama terhadap rutin senaman terdahulu.

Tambahnya, dia juga merupakan individu yang mudah mengalami tekanan dan mendapati keadaan itu memberi kesan kepada perubahan berat badannya.

“Apabila saya stres, berat badan saya tidak turun. Stres menyebabkan saya gemuk. Ada orang apabila stres, berat badan mereka boleh turun secara tiba-tiba. Saya berbeza, kalau saya stres, berat badan saya naik.

“Jadi, apabila saya berjaya menurunkan berat badan, sebenarnya itu petanda bahawa saya tidak tertekan dan berada dalam keadaan gembira,” ujarnya.

Selain menguruskan tekanan, Shila turut menekankan kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi dalam perjalanan menurunkan berat badan.

Katanya, ketika bergelar ibu tunggal, corak tidurnya agak terganggu kerana perlu menguruskan anak-anak yang sudah bangun seawal pagi.

Menurut Shila, tidur memainkan peranan penting dalam membantu mengekalkan kestabilan hormon badan.

Dalam masa sama, perubahan corak pemakanan turut menjadi antara faktor utama yang membantu dirinya mencapai berat badan sekarang.

Shila mengakui pernah terlalu menyekat pengambilan kalori sehingga mempunyai ketakutan melampau untuk mengalami kenaikan berat badan.

Malah, dia turut mendedahkan pernah berada pada tahap terlalu kurus sehingga bentuk tulangnya kelihatan jelas.

Berikut merupakan perkongsian penuh Shila Amzah: 

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement