Skip to main content

Hiburan

Bukan Wanita Saja, Lelaki Dah Kahwin Pun Pernah Nak Dekati Ezaidi Aziz - “Dia Gunakan Alasan…”

Ezaidi Aziz

Sekilas

  • Pelakon Ezaidi Aziz mendedahkan pernah ditawarkan wang dan jawatan tinggi oleh individu berpengaruh dengan niat tersembunyi ketika awal kerjayanya.
  • Dia menerima tawaran tersebut kerana mahu mencari pendapatan lebih, namun akhirnya berhenti selepas menyedari job scope yang ditawarkan tidak profesional dan menyimpang.
  • Selepas berkahwin, gangguan yang diterima semakin terkawal dan Ezaidi serta isteri saling mengingatkan untuk menjaga hubungan mereka.

Mempunyai wajah yang tampan membuatkan ramai mahu mendekati pelakon Ezaidi Aziz bukan saja wanita malah ada juga dalam kalangan lelaki yang berstatus suami orang.


 

Ezaidi atau nama penuhnya Mohamad Ezaidi Abdul Aziz, 30, mendedahkan dia pernah melalui pengalaman tidak menyenangkan apabila ditawarkan wang dan jawatan tinggi oleh individu berpengaruh yang mempunyai niat tersembunyi.


 

"Saya rasa zaman sekarang perkara itu sudah dinormalisasikan, ada yang sudah kahwin pun lalui perkara sama.


 

"Dari pengalaman saya sendiri di industri ini, bukan diganggu tapi lebih ditawarkan sesuatu yang lumayan daripada orang ternama dan berduit," katanya kepada Gempak.


 

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Ezaidi berkata individu itu pada awalnya menggunakan alasan tawaran pekerjaan untuk mendekatinya, apatah lagi ketika itu dia masih muda dan mahu mencari pendapatan lebih.


 

Namun situasi menjadi semakin pelik apabila dia diminta untuk sentiasa menemani individu tersebut ke mana-mana sahaja, termasuk diajak pulang ke rumah.


 

"Dia menggunakan alasan tawaran berkerja, sebab itu saya masih muda lagi. Bila orang tawarkan jawatan tinggi saya fikir ia peluang cari duit lebih jadi saya pun terima.


 

"Tapi bila tengok dia punya job scope itu lebih kepada macam tak kena, menyimpang dari tujuan asal. Sampai kena ikut balik rumah. Cara dia cakap pun nampak lain, mula-mula profesional.


 

"Lepas terima surat tawaran dan tandatangan, dia terus bagi wang tunai dalam jumlah besar. Tapi tak sampai beberapa hari saya berhenti, saya anggap ia sebagai satu pelajaran," katanya.


 

Ezaidi bagaimanapun. menegaskan pendedahan ini bukan bertujuan membuka aib sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan agar orang lain agar tidak terjerat seperti dirinya.


 

"Bukan nak buka buruk orang, tapi saya takut perkara ini terjadi dekat orang lain pula," luahnya.


 

Dalam pada itu, Ezaidi turut mengakui masih menerima gangguan ringan daripada individu tertentu, namun situasi tersebut semakin terkawal selepas dia mendirikan rumah tangga.


 

Ezaidi berkata dia dan isterinya sering saling mengingatkan antara satu sama lain kerana menyedari hati manusia mudah berubah.


 

“Sekarang lepas kahwin, cuma kacau-kacau macam itu saja. Saya banyak luangkan masa dengan isteri dan dia selalu ingatkan saya.


 

“Saya selalu pesan pada dia, kalau nampak saya lain, tegur. Manusia ini hati berubah-ubah, kadang kita cakap lebih-lebih tentang orang lain, tak sedar boleh berbalik pada diri sendiri,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement