Pelakon Amanda Manopo menutup spekulasi dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga aktor Arya Seloka sehingga dia bercerai dengan Putri Anne apabila berkahwin bersama rakan pelakon, Kenny Austin.
Bintang Ikatan Cinta dan Kenny selamat menjadi suami isteri pada 10 Oktober 2025 dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat di Langham Jakarta, Indonesia.
Advertisement
Perkahwinan mereka sempat membuat peminat terkejut kerana tiada khabar percintaan pernah dihidu daripada pasangan ini.
Perkahwinan bintang muda berusia 25 tahun dengan Kenny, 33, itu bagaimanapun tetap disambut penuh doa oleh peminat rakan dalam industri.
Mereka sebaliknya hanya pernah bekerjasama dalam sinetron Cinta Yasmin.
“Tapi siapa sangka mereka menjadikan cinta itu abadi di alam nyata. Saksikan Cerita Cinta Kita, the wedding of Amanda Manopo & Kenny Austin eksklusif di RCTI," tulis akaun rasmi RCTI sehari sebelum Amanda dan Kenny berkahwin seperti dilaporkan Tempo.