Sekilas
- Ezwan Zain mendedahkan mas kahwin berupa bunga emas yang mengandungi 24 keping dinar emas adalah kejutan untuk Erra Fazira.
- Erra berkongsi bahawa suaminya menguruskan 95% persiapan majlis perkahwinan mereka berbanding perkahwinan sebelum ini.
- Erra menunda bulan madu mereka sehingga selepas Aidilfitri kerana komitmen penggambaran dan konsert pada Februari nanti.
Suami kepada pelakon terkenal, Erra Fazira iaitu Ezwan Zain mendedahkan bunga emas yang dijadikan sebagai mas kahwin adalah kejutan kepada isterinya.
Menurut Ezwan, Erra mengetahui tentang dinar emas, namun tidak tahu dia akan menerima dalam bentuk bunga yang mengandungi 24 keping dinar emas.
Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Sebelum ini dia sudah tahu tentang dinar emas itu tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping.
Tiada simbolik nombor 24 itu, sebaliknya sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram," katanya kepada media.
Sementara itu Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, mendedahkan suaminya yang bertanggunjawab merancang majlis perkahwinan mereka.
Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan. Tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan kali ini.
Ditanya tentang berbulan madu, kata Erra dia terpaksa menunda tarikh bulan madu mereka sehingga selepas Aidilfitri nanti memandangkan dia akan terlibat dengan penggambaran dan konsert yang akan berlangsung Februari nanti.
Terdahulu, Erra sah menjadi isteri kepada Ezwan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang tepat jam 9.19 pagi tadi.