Penyanyi Kang Daniel berdepan detik tidak terduga apabila kehilangan busana, peralatan solek serta props akibat dicuri sewaktu sedang dalam jelajah konsert di Amerika Syarikat.
Agensi bintang itu, AIRA mengatakan insiden berlaku selepas Daniel selesai melakukan persembahan di Los Angeles pada 20 September lalu.
Advertisement
Tim mereka sedang dalam perjalanan dari San Jose ke destinasi konsert seterusnya apabila pencuri memecahkan kenderaan yang dinaiki kru dan mencuri beg yang mengandungi busana dan alat solek Daniel.
“Ia kejadian yang tidak terduga namun kru dapat mencari ganti busana dan alat solek baharu sebagai pengganti di sebuah pusat beli belah dan melakukan persembahan dengan baik,” ujar kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Chozunbiz.
Sementara itu, Daniel untuk membuat perkongsian di laman sosial dengan menulis:
“Semua beg kami dicuri. Pakaian, props seperti rambut dan alat solek semua diambil bersama dengan cenderahati.
“Namun mari kita teruskan dan menjadikan ia sebagai persembahan yang menghiburkan.”
Daniel yang pernah terlibat dengan projek grup Wanna One kini aktif sebagai solois dan berlakon. Dia melakukan jelajah konsert di beberapa destinasi di Amerika Syarikat termasuk Washington, New York, Chicago dan Los Angeles pada 3 September lalu.