Skip to main content

Selebriti

Busana Watie Elite Dikecam, Joey Daud Komen - “Kita Tak Boleh Halang Pandangan Orang…”

Busana Watie Elite Dikecam, Joey Daud Beri Komen

Pelakon dan pelawak, Joey Daud tampil memberikan respon susulan busana yang dipakai isterinya, Watie Sadali sewaktu persembahan di konsert Elite baru-baru ini mendapat kecaman netizen.

Tidak cepat melatah, Joey bagaimanapun menjelaskan pemilihan pakaian adalah berkemungkinan sebahagian daripada tuntutan persembahan dan kehendak penaja.

Advertisement

Malah, Joey berpendapat pakaian yang dikenakan oleh kumpulan Elite sewaktu konsert tidaklah terlalu mencolok mata selain menganggap ia bersesuaian dengan acara.

“Ini adalah persembahan untuk hiburan, mungkin pemakaian itu adalah kehendak penaja atau kumpulan Elite sendiri. 

“Pada saya, pakaian mereka tidaklah mencolok mata kerana masih ditutup dengan skirt dan sebagainya. Tetapi kita tidak boleh halang pandangan atau pendapat orang,” jelasnya.

Joey berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media program Muzikal Lawak Superstar 5 yang berlangsung di Restoran Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa.

Namun, Joey akur dengan kritikan yang diberikan netizen yang disifatkan semakin agresif dalam mencari kesalahan orang lain terutamanya selebriti.

“Zaman sekarang ini terlalu ramai yang mahu menjadi juri yang tidak bertauliah. Ramai yang mahu mencari kesalahan sahaja. Sayanglah industri ini. Macam mana mahu berkembang?

“Saya harap tahun 2026 tiada orang yang suka mencari kesalahan ini kerana sampai bila? Tetapi bagus juga untuk kita lebih bersedia dan perbaiki,” ujarnya. 

Terdahulu, Watie telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang mendakwa pemakaiannya pada malam konsert tersebut kurang sopan dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Selain status, netizen juga menyifatkan busana itu tidak bersesuaian dengan umurnya kini mencecah usia 49 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement