Skip to main content

Hiburan

Caitlin Halderman Seronok Kerja Di Malaysia, Teringin Makan Nasi Kandar - “Belum Pernah Cuba Lagi…”

Caitlin Halderman Seronok Kerja Di Malaysia, Teringin Makan Nasi Kandar - “Belum Pernah Cuba Lagi…”

Sekilas

  • Caitlin Halderman seronok dan rasa dialu-alukan sepanjang penggambaran drama The Hidden Hand di Malaysia, projek lakonan pertamanya di sini.
  • Dia terbuka untuk kembali berlakon di Malaysia dan percaya kolaborasi antara pelakon Malaysia dan Indonesia dapat mengangkat industri filem Asia Tenggara.
  • Caitlin juga teringin mencuba Nasi Kandar kerana suka makanan pedas dan berempah, serta drama ini mula ditayangkan di Viu sejak 18 September 2026.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui dirinya seronok sepanjang menjalani penggambaran drama The Hidden Hand arahan Erma Fatima di Malaysia.

Menurut Caitlin, dia berasa sangat dialu-alukan meskipun drama ini merupakan projek pertamanya di Malaysia..

Advertisement

“Saya gembira, suka dan sangat seronok. Saya rasa diterima di ini. Mereka sangat baik dan menyenangkan hati,” katanya kepada Gempak.

Malah Caitlin memaklumkan dia terbuka untuk kembali terlibat dengan projek lakonan di Malaysia sekiranya diberi peluang selepas ini.

Ujarnya, kolaborasi antara dua negara ini juga membuka lebih banyak peluang untuk mengangkat lagi industri perfileman Asia Tenggara.

Advertisement

“Saya rasa ini adalah satu peluang yang bagus untuk kedua negara kerana kita dapat menaikkan lagi industri filem dan drama Asia Tenggara.

“Mungkin selepas ini kita boleh lihat lebih banyak pelakon Malaysia berlakon di Indonesia dan begitu juga buat pelakon Indonesia.

“Dan sudah tentu saya terbuka untuk berlakon lagi di Malaysia kerana saya seronok datang ke sini.  
“Saya sukakan orang-orang di sini, budaya serta segalanya diberi sini. Saya rasakan seperti berada di rumah sendiri cuma sedikit berbeza sahaja,” tambahnya.

Dalam pada itu, Caitlin juga berkongsi bahawa dia teringin untuk mencuba juada Nasi Kandar kerana merasakan makanan itu sesuai dengan cita rasanya yang suka akan makanan pedas dan berempah.

“Nasi Kandar, sedapnya. Saya suka gulai, ayam goreng dan juga makanan pedas.

“Saya suka nasi kandar tapi belum pernah cuba lagi. Saya suka sebab dia banyak rempah dan seakan dengan makanan Indonesia,” tambahnya.

Sekadar info, Caitlin Halderman kini tampil menerusi siri seram psikologi Viu Original, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan). 

Selain Caitlin, turut membintangi siri arahan Erma Fatima itu adalah Meerqeen, Hannah Delisha, Datin Sri Umie Aida dan Amerul Affendi.

Siri 12 episod berkenaan menggabungkan elemen seram supernatural, thriller, misteri keluarga dan cerita rakyat Melayu, selain mengetengahkan tema dendam, 
pengkhianatan serta rahsia yang tersimpan dalam sebuah keluarga. 

The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) mula ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 18 September 2026, dengan episod baharu disiarkan setiap Selasa dan Rabu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement