Skip to main content

Sukan Lain

Cantik & Berbakat! Kenali Empat Atlet Ekuestrian Remaja Mewakili Malaysia Ke Asian Youth Games 2025 Di Bahrain

Cantik & Berbakat! Kenali Empat Atlet Ekuestrian Remaja Mewakili Malaysia Ke Asian Youth Games 2025 Di Bahrain

Empat atlet ekuesterian remaja terpilih mewakili Malaysia ke Asian Youth Games 2025 yang akan berlangsung di Bahrain tidak lama lagi.

Empat atlet berbakat yang juga merupakan rakan sepasukan itu adalah YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail, 15, Arissa Audreyna Edzwan, 17, Sonia ‘Aisyah Abdullah, 15, dan Elly Poh Jia Yi, 16.

Keempat-empat mereka telah menjalani latihan intensif sejak beberapa bulan lalu, baik di dalam dan di luar negara, sebagai persiapan menghadapi kejohanan ini.

Dengan semangat juang tinggi dan disiplin yang mantap, mereka bersedia untuk memberikan yang terbaik buat negara.

 

PROFILE ATLET

#YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail

Bagi YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail, 15, atau lebih mesra disapa Ariel, dunia kuda bukanlah sesuatu yang asing. 

Menurut Ariel, dia membesar dengan dikelilingi oleh kuda kerana ayahnya merupakan seorang pemain polo.

Selain itu, Ariel juga berkongsi bahawa dia mula menunggang kuda pada usia lima tahun, namun secara tidak konsisten.

Ariel terus cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa, meraih podium di Malaysia, Thailand dan Korea Selatan. 

Malah, Ariel juga dikenali kerana kepelbagaian dan ketelitiannya dalam mengendalikan pelbagai jenis kuda.

Antara kejayaan yang diraih Ariel adalah juara CSI1 Table A - Sendayan, Malaysia, tempat kelima CSIJ-B Individual -Seoul, South Korea, juara CSI1 Table A, Kuala Lumpur, Malaysia, juara CSI1 Two Phases - Kuala Lumpur, Malaysia dan juara (Team), CSICh-B Team Event - Pattaya, Thailand.
 

#Arissa Audreyna

kredit foto: @nat__ong

Arissa yang kini berusia 17 tahun merupakan antara atlet muda berbakat dalam skuad ini dan semakin menyerlah di dalam arena ekuestrian negara.

Bermula seawal usia 6 tahun, Arissa pernah berehat seketika selepas terjatuh, tidak putus asa, gadis kental ini kembali dengan semangat baharu pada usia 13 tahun dan kali ini dengan fokus kepada acara showjumping.

Kini, dengan kuda kesayangannya, Heaven Z, serta bimbingan jurulatih Andika Jamaludin, Arissa bersedia menyahut cabaran pertamanya di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam Asian Youth Games 2025.

Arissa telah meraih kedudukan podium yang membanggakan termasuk juara CSI1 110cm di Merdeka Cup 2025, juara 100-110 cm di FEI Jumping World Challenge 2025 dan tempat keempat di KRA Cup 2025 CSIJ-B Seoul dalam kategori 110cm.
 

#Sonia ‘Aisyah Abdullah

Sonia ‘Aisyah Abdullah, 15, merupakan atlet termuda dalam pasukan ini dan antara bakat baharu yang cepat menyerlah dalam arena showjumping negara. 

Sonia mula berjinak-jinak dengan aktiviti menunggang kuda pada usia sembilan tahun, sebelum mula aktif menyertai pertandingan terbuka bermula Jun 2024

Komited terhadap latihan, Sonia kini berlatih di bawah bimbingan Coach Shaiful Azwan, jurulatih bertauliah dari Kelab Menunggang Ar-Raudhah dan juga jurulatih rasmi bagi Asian Youth Games 2025.

Dalam tempoh singkat, Sonia telah meraih beberapa kedudukan podium termasuk di National Horse Show dan Prime Minister’s Cup, serta menjalani latihan intensif di Belanda bagi menyesuaikan diri dengan kuda jenis warmblood.

Dikenali dengan semangat muda dan keupayaannya menyesuaikan diri dengan pantas, Sonia kini terus menambah pengalaman di pelbagai pertandingan tempatan dan antarabangsa.
 

#Elly Poh Jia Yi

Elly, 16 tahun, mula berjinak dengan sukan ekuesterian pada tahun 2018 selepas menyertai sebuah kem musim panas menunggang kuda. 

Sejak itu, minatnya terhadap sukan showjumping terus berkembang dan menjadi sebahagian besar daripada hidupnya.

Elly telah mewakili Malaysia dalam perlbagai kejohanan berprestij termasuk FEI SEA Youth Cup (Thailand), FEI Junior World Cup (Singapura), KRA Cup (Korea Selatan) dan National Jumping Championships.

Pengalaman luas di peringkat antarabangsa serta peningkatan konsisten menjadikan Elly antara aset penting pasukan ini.
 

Must-Watch Video

Advertisement