Pelakon, Ozlynn Wati meluahkan rasa syukur selepas menerima pujian daripada netizen mengenai penampilan serta peribadi anak-anaknya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Ozlynn bagaimanapun menegaskan bahawa kecantikan bukanlah keutamaan utama dalam mendidik anak-anak sebaliknya adab dan pegangan agama menjadi asas paling penting buat dirinya dan suami.
“Alhamdulillah, sebenarnya lawa tu subjektif tapi keutamaan kita sebagai ibu bapa biar anak lawa adab. Agama jadi keutamaan, kita mampu didik dan bimbing, besarkan, bagi ilmu agama, pelajaran selebihnya diri mereka sediri.
“Berjaya ilmu akhirat maka barulah kami rasa kami ibu bapa yang berjaya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi anaknya tidak berminat untuk terjun ke dunia seni kerana memiliki sifat pemalu.
“Lambat lagi. Dia nak cakap pun mulut macam ada emas,” tulis Ozlynn secara berseloroh.