Skip to main content

Hollywood

Cardi B Tular Gara-Gara Berhijab, Halal B & Masya-Allah

cardi

Sekilas

  • Cardi B menjadi tular selepas penampilannya menutup aurat dan memakai abaya lengkap dengan tudung sewaktu berada di Arab Saudi untuk festival muzik MDLBEAST Soundstorm.
  • Dia turut menggunakan sebutan seperti Assalamualaikum dan MasyaAllah dalam video Instagram, menarik perhatian ramai netizen.
  • Cardi B juga berseloroh menukar namanya kepada 'Halal B' dan menulis kapsyen yang menghiburkan peminat di media sosial.

Penyanyi Cardi B menjadi tular dan trending di pelbagai platform media sosial selepas penampilannya menutup aurat dan mengucapkan sebutan yang selalu diungkap orang Islam sewaktu berada di Arab Saudi, baru-baru ini.

Rapper itu berada di Riyadh kerana terlibat dengan sebuah festival muzik iaitu utama MDLBEAST Soundstorm, hujung minggu lalu.

Bukan hanya kerana persembahannya yang menjadi perhatian tetapi penampilan dan aktiviti ibu anak empat yang membuat dirinya menjadi tular.

Menerusi perkongsiannya, Cardi B bukan hanya memakai pakaian sopan dan tertutup sewaktu tampil membuat persembahan, dia juga dilihat mengayakan abaya hitam lengkap ‘tudung’.

Malah secara berseloroh penyanyi ini menukar namanya dari Cardi B menjadi Halal B.

Dia juga dilihat menyebut beberapa perkataan yang sinonim dengan orang Islam seperti Assalamulaikum dan MasyaAllah sewaktu menyapa peminat di Instagram.

“Assalamualaikum, selamat datang. Kami di Arab Saudi, sayang. Saya sudah beritahu saya akan sedia melakukan siri jelajah setelah melahirkan.

“MasyaAllah, masyaAllah," ujar Cardi B dalam video Instagram dengan dirinya sedang melakukan senaman di atas threadmill.

Tulisan pemenang Grammy tersebut pada kaspyennya juga mencuri perhatian.

"Hello Arab Saudi, Halal B sudah tiba," tulisnya yang membuat peminat ‘terhibur’ sekaligus menjadi dirinya tular.

Must-Watch Video

Advertisement