Skip to main content

Selebriti

Cat Farish Terkejut Lihat Lukisan Shikin Maembong, Siap Minta Berhenti Berniaga - “Suami Tanya Ini ‘Painting’ Awak Ke?”

Cat Farish Terkejut Lihat Lukisan Shikin Maembong, Siap Minta Berhenti Berniaga - “Suami Tanya Ini ‘Painting’ Awak Ke?”

Sekilas

  • Shikin Maembong mendedahkan suaminya, Cat Farish, tidak tahu tentang bakat seni lukisnya ketika mereka mula berkenalan.
  • Suaminya terkejut dan memuji hasil lukisan Shikin selepas melihat karya tersebut secara tidak sengaja di galeri.
  • Cat Farish menyarankan Shikin berhenti berniaga dan fokus sepenuhnya kepada seni lukisan, menjadikan Shikin pelukis sepenuh masa.
Advertisement

Pelakon, Shikin Maembong mendedahkan suaminya, penyanyi Cat Farish, pada awalnya tidak mengetahui bahawa dirinya mempunyai bakat dalam bidang seni lukisan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Shikin berkata ketika mereka mula berkenalan, suaminya hanya mengetahui dirinya sebagai seorang peniaga sebelum secara tidak sengaja menyedari bakat yang dimilikinya.

Mengimbas kembali momen tersebut, Shikin berkata suaminya terkejut selepas melihat hasil kerja lukisannya dan tidak henti-henti memuji karya berkenaan.

Advertisement

“Mula kenal, suami cuma tahu saya peniaga je. Dia langsung tak tahu yang saya boleh melukis.

“Sampailah satu hari, ayah panggil dia tolong angkat gambar dan suruh saya sign painting lama tersidai dekat galeri.

“Suami terkejut, tanya ‘Ini painting you ke?’ Dia tak henti puji dan sangat amaze,” kongsinya.


Tambah Shikin lagi, selepas melihat hasil lukisan tersebut, suaminya menyarankan agar dia berhenti berniaga dan kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang seni lukisan.

“Sejak hari itu, dia sejak hari itu, dia suruh berhenti  niaga sebab kesian tengok saya penat. Dia nak saya fokus melukis.

Advertisement

“Dia bantu kerja yang lain. Dari situlah saya kembali menjadi pelukis sepenuh masa,” tulisnya.

Terdahulu, Shikin merupakan anak kepada pelukis hebat iaitu Ismail Embong.

Malah bapanya yang juga merupakan Tokoh Pelukis Negara pernah membuat pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015.

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement