Skip to main content

Hiburan

Catat Lebih 236 Juta Penstriman Di Spotify, ‘Masing Masing’ Karya Ernie Zakri & Ade Govinda Terima Pengiktirafan Asia Book Of Records

Ernie Zakri

Sekilas

  • Lagu 'Masing Masing' nyanyian Ernie Zakri berjaya meraih lebih 236 juta penstriman di Spotify dan diiktiraf oleh Asia Book of Records sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas capai 200 juta penstriman.
  • Lagu ciptaan komposer Indonesia, Ade Govinda, ini mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia, dan negara Asia Tenggara lain kerana mesej dan emosi yang universal.
  • Pencapaian ini mengukuhkan lagi profil Ernie Zakri selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025.

Karya hit nyanyian penyanyi, Ernie Zakri yang berjudul ‘Masing Masing’ terus mencipta sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman di Spotify.

Sejak dilancarkan, ‘Masing Masing’ bukan sahaja mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Indonesia, malah turut menambat hati pendengar di pelbagai negara Asia Tenggara.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer Indonesia, Ade Govinda itu turut mendapat pengiktirafan daripada Asia Book of Records sebagai lagu Melayu/Indonesia terpantas mencapai angka 200 juta penstriman menjelang Ogos 2025.

Pencapaian ini sekaligus mengukuhkan lagi profil seni Ernie Zakri selepas beliau dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Disember 2025.

Menurut Ernie, dia sama sekali tidak menyangka akan mengecapi kejayaan seperti ini sewaktu naskhah ini mula dihasilkan.

"Saya sangat terharu dan bersyukur bila dapat tahu 'Masing Masing' mencapai lebih
236 juta penstriman di Spotify dan diiktiraf oleh Asia Book of Records.

“Sejujurnya, semasa menghasilkan lagu ini bersama Ade Govinda, matlamat kami adalah untuk menyampaikan sebuah naskhah yang jujur dari segi emosi.

“Melihat ia kini meraih sambutan luar biasa sehingga melakar sejarah, saya amat menghargai sokongan padu para pendengar, terutamanya Ernienators yang setia mendukung perjalanan seni saya sejak awal lagi,” katanya.

Tambah Ernie, dia merasakan kekuatan utama lagu ini yang mempunyai mesej dan emosi yang universal membantu kepada kejayaan yang dikecapinya ini.

“Saya rasa kekuatan ‘Masing Masing’ adalah pada ceritanya yang sangat dekat dengan
kehidupan ramai orang. Walaupun ia lagu Melayu/Indonesia, emosi dalam lagu ini. bersifat universal, jadi pendengar dari mana-mana pun boleh relate.

“Ditambah pula dengan kolaborasi saya bersama Ade Govinda dan susunan muzik yang ringkas tapi menyentuh hati, mungkin itu yang membuatkan lagu ini diterima baik di seluruh Asia Tenggara,” tambahnya.

Dengan pencapaian ini, ‘Masing Masing’ terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu lagu serantau paling berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekali gus membuktikan bahawa muzik yang jujur dan penuh emosi mampu merentasi sempadan bahasa dan budaya.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement