Skip to main content

Hollywood

Celine Dion Diabadikan Sebagai Anak Patung Barbie, Pakai Kalung Ikonik 'Heart of the Ocean' Dari Filem Titanic

Celine Dion Diabadikan Sebagai Anak Patung Barbie, Pakai Kalung Ikonik 'Heart of the Ocean' Dari Filem Titanic

Sekilas

  • Mattel telah melancarkan koleksi Barbie Signature Celine Dion yang diinspirasikan daripada penampilan ikoniknya ketika menyanyikan lagu ‘My Heart Will Go On’ pada Anugerah Akademi 1998.
  • Anak patung ini memakai gaun biru gelap dan kalung ‘Heart of the Ocean’, lengkap dengan perincian wajah dan solekan menyerupai Celine Dion.
  • Koleksi khas ini dijual pada harga AS$60 dan hadir dengan sijil ketulenan serta tapak pameran, sebagai penghormatan kepada sumbangan Celine dalam industri muzik.
Advertisement

Siapa yang masih ingat dengan lagu ‘My Heart Will Go On’ nyanyian Celine Dion yang menjadi fenomena menerusi filem ‘Titanic’?

Hampir tiga dekad selepas lagu tersebut mencipta sejarah, penyanyi antarabangsa itu kini menerima penghormatan istimewa apabila syarikat permainan terkenal, Mattel menghasilkan anak patung Barbie yang diinspirasikan daripada penampilan ikoniknya.

Advertisement

Lebih menarik, Barbie edisi khas itu turut mengenakan replika kalung ‘Heart of the Ocean’, iaitu aksesori berbentuk hati berwarna biru yang cukup sinonim dengan filem romantik lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Menurut laporan Wolipop Detik, Mattel mengumumkan pelancaran koleksi Barbie Signature Celine Dion pada 14 Oktober lalu sebagai penghargaan terhadap sumbangan penyanyi tersebut dalam industri muzik.

Rekaan anak patung berkenaan mengambil inspirasi daripada penampilan Celine ketika menyampaikan lagu ‘My Heart Will Go On’ pada Anugerah Akademi 1998.

Advertisement

Barbie tersebut mengenakan gaun labuh berwarna biru gelap dengan potongan leher tinggi dan lengan panjang, selain gaya rambut yang menyerupai penampilan asal penyanyi itu.

Malah, perincian wajah dan solekannya turut dihasilkan bagi menyerupai Celine, sekali gus menjadikan koleksi tersebut lebih istimewa buat peminat.

Celine turut meluahkan rasa terharu apabila salah satu momen paling bermakna dalam kerjayanya diabadikan menerusi anak patung berkenaan.

Penyanyi itu berharap koleksi tersebut dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berani mengekspresikan diri, mengejar impian dan mempercayai kemampuan masing-masing.

Barbie Signature Celine Dion kini ditawarkan menerusi laman rasmi Mattel Creations pada harga AS$60 (sekitar RM250), bergantung kepada kadar pertukaran mata wang.

Koleksi itu turut dilengkapi sijil ketulenan dan tapak pameran khas.

Dengan pelancaran tersebut, Celine menyertai barisan ikon muzik dunia yang pernah diabadikan sebagai Barbie, termasuk Whitney Houston, Tina Turner, Kylie Minogue, Miley Cyrus dan Stevie Nicks.

Untuk rekod, lagu ‘My Heart Will Go On’ merupakan antara karya paling terkenal dalam kerjaya Celine dan memenangi Oscar bagi kategori Lagu Asal Terbaik pada 1998.

Sumber: Mattel Creations

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement