Skip to main content

Hiburan

Cemas! Ropie Pengsan Di Lokasi Penggambaran

Cemas! Ropie Pengsan Di Lokasi Penggambaran

Sekilas

  • Pelakon Ropie dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika penggambaran outdoor di Bangunan SUK Selangor akibat disyaki strok haba dan cuaca jerebu.
  • Aktor Zalif Sidek berkongsi kejadian tersebut di Instagram dan menyatakan suasana penggambaran bertukar cemas selepas insiden itu.
  • Rakan selebriti dan netizen memberikan doa dan sokongan agar Ropie cepat sembuh.
Advertisement

Pelakon, Ropie dilaporkan tiba-tiba jatuh dan pengsan ketika menjalani penggambaran secara outdoor di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, pada Jumaat.

 

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan oleh aktor, Zalif Sidek menerusi satu hantaran di Instagram yang memaklumkan kejadian berkenaan berlaku secara mengejut ketika mereka sedang menjalani penggambaran.

 

“Sesuatu yang tak pernah kita sangka… 😢

 

“Semalam ketika menjalani penggambaran outdoor di Bangunan SUK Selangor, tiba-tiba sahabat kita, Abang kita, Ropie jatuh dan pengsan secara tiba-tiba.

 

“Nasib baik masa itu di sebelah ada Jasper Supayah. Akibat disyaki mengalami strok haba dan cuaca jerebu sekarang ini… Allahuakhbar,” tulisnya.

 

Zalif berkata, kejadian tersebut berlaku tanpa diduga sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan mereka yang berada di lokasi penggambaran.

 

“Dalam sekelip mata, suasana penggambaran yang biasa bertukar menjadi cemas. Kita semua hanya mampu berdoa agar Ropie diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mendoakan agar Ropie diberikan kesembuhan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement