Skip to main content

Artis Antarabangsa

Cemburu, Ibu Mentua Tembak Mati Menantu yang Merupakan Ratu Cantik

Astro Gempak carolina

Sekilas

  • Carolina Flores Gomez, bekas peserta Miss Teen Universe Baja California, maut ditembak oleh ibu mentuanya di sebuah apartment mewah di Polanco, Mexico.
  • Ibu mentua Gomez, Erika Maria Herrera, ditangkap di Venezuela selepas melarikan diri dari tempat kejadian.
  • Suami Gomez, Alejandro, kini disiasat kerana didakwa lewat membuat laporan polis dan memberi ruang kepada ibunya melarikan diri.
Advertisement

Seorang ratu cantik yang berasal dari Mexico, Carolina Flores Gomez maut pada usia 27 tahun selepas ditembak mati oleh ibu mentuanya sendiri.

Insiden tragis tersebut berlaku pada 15 April lalu di sebuah apartment mewah di kawasan Polanco, Mexico.

Advertisement

Wanita yang pernah menyertai pertandingan Miss Teen Universe Baja California itu ditemukan dengan luka tembak di bagian wajah, leher dan  kepala, lapor People.

Menurut pihak berkuasa, ibu mentuanya, Erika Maria Herrera yang sudah berusia 63 tahun ditangkap di Venezuela setelah melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Herrera dipercayai menembak menantunya sewaktu mereka berada di bahagian dapur rumah.

Rakaman video menunjukkan suspek masuk ke dapur sebelum diikuti Gomez yang memakai baju berwarna putih, dipercayai untuk membantu ibu mentuanya mengambil air.

Sejurus kemudian terdengar bunyi tembakan sebelum suami Gomez, Alejandro pergi ke tempat lokasi sambil menggendong bayi mereka.

Terkejut dengan insiden yang berlaku, Alejandro bertanya mengapa warga emas itu menembak isterinya.

“Dia membuatku marah.Kamu milikku dan dia merebutmu," jawab si ibu dengan tenang.

Kes tersebut bagaimanapun menjadi rumit selepas Alejandro dipercayai lewat membuat laporan demi memberi ruang ibunya melarikan diri.

Lelaki itu membuat laporan polis, sehari selepas Gomez mati ditembak.

Dia mendakwa lewat membuat laporan kerana cuba memberi bayi mereka menyusu pada mayat Gomez. Hal yang demikian kerana dia mendakwa bayinya sedang menyusu sebelum insiden berlaku.

Namun ibunya mendedahkan Alejandro sengaja melewatkan laporan termasuk menghubungi peguam kerana ingin memberi masa kepadanya melarikan diri.

Alejandro kini disiasat polis. Sementara itu, seorang teman Gomez mendakwa hubungan mangsa dengan suspek memang tidak harmoni sejak sekian lama

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement