Skip to main content

Hiburan

“Cepat Move On Salah, Tak Cepat Move On Pun Salah” - Dr. Fie Tawfek

Dr. Fie Tawfek

Sekilas

  • Dr. Fie Tawfek, isteri penyanyi Nubhan, mengakui sukar menghadapi kemelut rumah tangga selepas hampir sedekad bersama suami.
  • Hak penjagaan penuh tiga anak diberikan kepada Dr. Fie oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, manakala Nubhan diberi hak lawatan dua kali sebulan.
  • Nubhan telah memfailkan pengesahan lafaz cerai dan tuntutan hadanah penuh terhadap Dr. Fie selepas perkahwinan mereka sejak 2015 dan dikurniakan tiga anak.

Isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Fie Tawfek mengakui tidak mudah untuknya berdepan dengan kemelut rumah tangga selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga bersama suami.

Kata Dr. Fie, apa sahaja hantaran yang dimuat naik di media sosial pasti akan menjadi perhatian sehingga dipersoal sesetengah netizen.

“Bercakap soal move on, nanti kalau move on cepat sangat pun salah, tak move on pun salah.

“Jadi, seperti yang saya katakan sebelum ini, bagi saya masa,” katanya kepada Gempak.

Dr. Fie berkongsi perkara tersebut usai prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Rabu.

Tambah ibu kepada tiga orang anak ini, agak sukar untuknya melangkah ke hadapan memandangkan usia perkenalannya bersama Nubhan lebih daripada 10 tahun.

“Saya kenal dia bukan sepanjang 10 tahun perkahwinan saja, sebelum berkahwin pun saya dah kenal dan dah berkawan dengan dia.

“Kalau dikira, berbelas tahun juga dan kalau kita totalkan, belas-belas tahun juga tu,” kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

Sekadar info, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad telah memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Syariah Sepang.

Nubhan kemudiannya memfailkan tuntutan hadanah penuh terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement