Skip to main content

Hiburan

Che Ta Ikut Cara Bekas Ibu Mentua Layan Menantu Dengan Baik - “Kalau Datang Rumah Saya, Tak Perlu…”

Che Ta

Sekilas

  • Rozita Che Wan mahu melayan menantunya, Auni Ikhwan, dengan baik seperti bekas ibu mentuannya, Siti Aishah, yang pernah memberikan layanan mesra kepadanya.
  • Che Ta belajar cara mengambil hati menantu daripada bekas ibu mentuanya, termasuk cara ajakan yang halus supaya menantu rasa dihargai dan tidak sampai hati menolak.
  • Hubungan Che Ta dengan bekas ibu mentua masih baik dan dia percaya ramai ibu mentua lain juga melayan menantu dengan baik walaupun tidak dipamerkan kepada umum.
Advertisement

Pelakon Rozita Che Wan mahu memberi layanan yang baik kepada menantunya, Auni Ikhwan seperti mana dia dilayan baik oleh bekas ibu mentuannya sebelum ini.  

 

Advertisement

Menurut Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta, bekas ibu mentuannya iaitu Siti Aishah, 77 menjadi contoh buatnya dalam melayani menantu.

 

“Dulu saya ada pengalaman dengan bekas mak mentua sewaktu perkahwinan pertama. Dia memang baik, kalau tidur rumah dia tak perlu buat apa-apa kerana ada pembantu rumah yang uruskan.

Advertisement

 

“Dia hanya ajak saya teman tonton televisyen dan minum kopi sahaja. Kalau dia mahu masak di rumahnya, nak praktis resipi ke saya okay sahaja. 

 

“Tapi kalau datang ke rumah saya, tidak perlulah masak sebab saya pun dah masakkan dan ibu saya pun ada,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, Che Ta turut mengakui dia banyak mempelajari cara melayan dan mengambil hati menantu daripada bekas ibu mentuanya.

 

“Kalau dia nak panggil kita datang ke rumahnya, dia tidak akan terus cakap, ‘datanglah’ tapi dia akan ajak dengan secara tidak langsung seperti, ‘Mama masak pulut ni, teringat dekat Rozie,’.

 

“Bila dengar dia cakap macam tu kita rasa serba salah, menggeletar pula dengar pulut jadi terus datang ke rumahnya. 

 

“Saya belajar kalau nak anak kita balik ke rumah, kita ajaklah menantu. Dia mesti tak sampai hati nak tolak pelawaan mak mentua,” ujarnya. 

 

Mengulas hubungannya dengan bekas ibu mentua, Che Ta berkata mereka masih berhubung sehingga kini dan sesekali meluangkan masa bersama.

 

Menjawab pujian orang ramai yang menyifatkan menantunya bertuah memiliki ibu mentua sepertinya, Che Ta berkata masih ramai yang menerima layanan baik daripada mentua masing-masing tetapi tidak dipamerkan kepada umum.

 

“Saya rasa ada sahaja yang melayan mesra menantu mereka tapi mungkin tidak dipamerkan. 

 

“Kalau kita sudah sayang anak, sudah tentu kita sayang menantu. Kalau sudah sayang, mesti mahu lakukan semua benda untuk mereka,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement