Skip to main content

Hiburan

Chef Wan Bangga Cucu Wakil Negara Dalam Bola Sepak - “Tahniah Isabella & Pasukan, Sangat Kagum Dengannya”

Chef Wan Bangga Cucu Wakil Negara Dalam Bola Sepak - “Tahniah Isabella & Pasukan, Sangat Kagum Dengannya”

Sekilas

  • Datuk Chef Wan berasa bangga apabila cucunya, Isabella Saffiya, terpilih mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Srikandi Merdeka di Indonesia.
  • Chef Wan hanya mengetahui pencapaian cucunya selepas menerima mesej dan laporan media daripada anak-anaknya, Serina dan Qamal.
  • Pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan Arab Saudi 9-0 dalam saingan Kumpulan A.
Advertisement

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan meluahkan rasa bangga selepas cucunya, Isabella Saffiya, terpilih mewakili negara dalam pasukan bola sepak kebangsaan bagi kejohanan Piala Srikandi Merdeka yang kini sedang dianjurkan di Indonedia.

Menerusi perkongsian di Threads, Chef Wan atau nama lengkapnya Redzuawan Ismail memaklumkan dia pada awalnya tidak begitu mengetahui mengenai perkembangan cucunya dalam sukan bola sepak kerana mengakui dirinya bukanlah peminat sukan berkenaan.

Advertisement

Ujarnya, dia hanya mengetahui mengenai pencapaian Isabella selepas menerima mesej daripada anaknya, Serina dan Qamal yang berkongsi beberapa foto serta laporan media mengenai kejayaan cucunya itu.

“Beberapa hari lalu di Indonesia, pasukan mereka berjaya jaringkan sembilan gol ketika lawan Arab Saudi. Serina yang hantar semua gambar ini kepada saya.

“Saya bukan peminat bola sepak, jadi memang tak berapa tahu sangat tentang sukan ini.

“Bila Rina mesej saya dan Qamal pula hantar semua laporan media ini, barulah saya tahu,” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang sama, Chef Wan turut menzahirkan ucapan tahniah buat Isabella dan seluruh pasukannya atas pencapaian yang membanggakan itu.

“Tahniah kepada Isabella dan pasukannya atas pencapaian mereka.

“Saya sangat bangga dengan dia, Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Srikandi Merdeka selepas saingan Kumpulan A selaku naib johan. menewaskan Arab Saudi 9-0 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia pada Selasa.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement