Skip to main content

Hiburan

‘Chemistry’ Laila & Imran Menjadi, Siti Khadijah Hargai Sokongan Penonton - “Saya Dengan Amir…”

Siti Khadijah

Sekilas

  • Siti Khadijah dan Amir Ahnaf mendapat pujian penonton kerana keserasian mereka dalam drama Cinta Dalam Sekam yang dianggap hasil penghayatan watak yang ikhlas.
  • Siti Khadijah menghargai sokongan peminat yang suka 'ship' mereka, namun menegaskan pentingnya menghormati kehidupan peribadi masing-masing.
  • Walaupun tidak dapat mengawal 'shipping' peminat, Siti Khadijah memilih untuk menikmati sokongan itu selagi ia tidak melampaui batas dan mereka masih bujang secara umum.
Advertisement

Gandingan pelakon Siti Khadijah dan Amir Ahnaf menerusi drama Cinta Dalam Sekam ternyata berjaya mencuri perhatian penonton apabila ramai yang menyukai keserasian pasangan tersebut di layar kaca.

 

Advertisement

Siti Khadijah bagaimanapun menganggap keserasian yang tercipta itu adalah hasil daripada mereka yang benar-benar menghayati karakter masing-masing.

 

“Alhamdulillah penonton nampak benda itu (keserasian), maksudnya kami berikan rasa yang ikhlas. Saya dengan Amir sudah tentu tak ada apa-apa, janji.

 

“Saya rasa dia seorang pelakon yang bagus, begitu juga dengan Haidar. Bila kita orang memberi rasa dengan ikhlas, kita begitu immerse into the character, ia menjadi.

 

“Sebab Laila sayang dan sukakan Imran, dan hormatkan Syafiq. Jadi itu semuanya adalah karakter,” katanya kepada Gempak.

 

Menurut Siti Khadijah, dia menghargai sokongan penonton yang gemar ‘ship’ dirinya bersama Amir, namun pada masa sama mereka tetap menghormati kehidupan peribadi masing-masing.

 

“Bila penonton pun suka, saya rasa macam, terima kasih anda semua, thank you. So kind of you. Tapi mungkin Amir ada kehidupan peribadi dia, saya pun sama. Mungkin ada benda yang kita tak tahu.

 

“Jadi, saya rasa lebih bagus saya dengan dia, kita hormat masing-masing punya boundaries,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, Siti Khadijah mengakui sebagai pelakon, dia tidak mampu mengawal ‘shipping’ yang dilakukan oleh peminat, sebaliknya memilih untuk menikmati sokongan tersebut selagi ia tidak melampaui batas.

 

“Tapi bila dah jadi pelakon ini, kita tak boleh buat apa sebab penonton kan suka ‘ship’ itu. Jadi saya just enjoy the moment ship lah.

 

“Selagi kami berdua bujang, publicly, okeylah. Kalau macam dah berkahwin atau salah seorang, mestilah macam tak manis kan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

(Refine by Lovito) Glamorous Top Floral Smocked Summer Tank Top for Women LR2ED054 (Refine by Lovito) Te Roonga Puawai Puawai Puawai Puawai Puawai Tank Top mo nga Wahine LR2ED054

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement