Sekilas
- Pelakon Chen Zheyuan dari China membuat penampilan sulung di Malaysia untuk bertemu peminat sempena acara iQIYI STARSHIP 2025.
- Beliau hadir ke sidang media dengan memakai suit lengkap dan cuba bertutur dalam bahasa Melayu walaupun malu-malu.
- Sidang media turut dimeriahkan dengan kehadiran Tengku Zatashah sebagai tanda sokongan terhadap budaya filem dan drama Cina.
Pelakon terkenal dari China terkenal dengan drama ‘Fated Hearts’ iaitu Chen Zheyuan telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia untuk bertemu peminat.
Zheyuan yang juga merupakan Duta Global iQIYl International, hadir ke sidang dengan memakai suit lengkap kelihatan begitu kacak sekali ketika menyapa media yang hadir.
Selain Zheyuan, sidang media juga dimeriahkan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Zatashah sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan budaya filem dan drama Cina.
Istimewanya lagi, ketika sesi soal jawab berlangsung, Zheyuan cuba bertutur dalam bahasa melayu walaupun kelihatan malu-malu.
“Aku cinta pada mu,” ujarnya tersipu malu.
Bagaimanapun ucapan Zheyuan itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh.
Berikut merupakan gelagat comel Zheyuan ketika bertutur dalam bahasa melayu.
Untuk info, kehadiran Zheyuan ke negara ini adalah bersempena dengan acara iQIYI STARSHIP 2025 Malaysia.