Skip to main content

Hiburan

Cik B Raih Perhatian, Lukis Graffiti Guna Cat ‘Spray’ Pada Dinding Rumah - “Dulu Saya Minta Bilik WWE Tapi Dapat…”

Cik B

Sekilas

  • Cik B, anak usahawan Datuk Seri Vida, mencuri perhatian ramai dengan lukisan graffiti di dinding rumahnya yang dikongsikan di Instastory.
  • Walaupun Cik B menunjukkan hasil lukisannya, seorang individu bernama Afiq Hamidon mengesahkan dia yang melukis mengikut design dan tempahan Cik B.
  • Perkongsian ini menjadi tular dan menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya sama ada lukisan itu benar-benar hasil tangan Cik B.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menarik perhatian ramai apabila menghasilkan lukisan graffiti di dinding rumahnya.

Menerusi Instastory, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang menggunakan beberapa cat sembur telah membuatkan ibunya terkejut sebelum tertawa melihat hasil lukisannya.

“Nak tahu tak dulu saya minta mama saya bilik WWE tapi dapat bilik yang semuanya Barbie.

“Tapi kira boleh lah eh mama? Cantik kan?,” tanya Cik B kepada Datuk Seri Vida.

Perkongsian tersebut menjadi tular dan meraih perhatian ramai sehinggakan mereka tertanya-tanya adakah lukisan tersebut merupakan hasil tangan Cik B.

Seorang individu yang dikenali sebagai Afiq Hamidon kemudiannya menjelaskan bahawa lukisan tersebut merupakan hasil tangannya.

“Lukisan ini saya yang buat, Cik B tempah dan design oun saya ikut kemahuan Cik B,” perjelasnya.

Sumber: Instastory Cik B

Must-Watch Video

Advertisement