Skip to main content

Hiburan

Cik B Tak Mahu Jadi Anak Derhaka Tapi…

Cik B Tak Mahu Jadi Anak Derhaka Tapi…

Sekilas

  • Cik B, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, meminta ibunya supaya tidak mengulas apa-apa di platform Threads.
  • DSV membalas permintaan anaknya dengan memanggil namanya secara santai dalam hantaran tersebut.
  • Hantaran ini dipercayai berkaitan dengan doa DSV untuk pasangan kekasihnya, Datuk Fazley Yaakob, yang memohon perlindungan daripada individu dikenali sebagai ‘SY’.
Advertisement

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meminta ibunya supaya ‘diam’ di Threads. 

Menerusi satu hantaran, Cik B dilihat meminta ibunya agar tidak mengulas sebarang isu di platform berkenaan. 

“Mama CikB tak nak jadi anak derhaka tapi mama bole tolong diam tak dekat threads,” tulisnya ringkas. 



Sementara itu, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat sempat membalas hantaran anak perempuannya dengan memangil namanya. 

“CIKBIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH😌,” tulisnya. 

Hantaran berkenaan dipercayai dibuat susulan perkongsian DSV sebelum ini yang menitipkan doa buat pasangan kekasihnya, Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi hantaran di Threads, DSV memohon agar Fazley dilindungi daripada individu yang dikenalinya sebagai ‘SY’.

Must Watch Video

Advertisement