Skip to main content

Hiburan

Cik Epal Ucap Tahniah Buat Cef Zaini Atas Pencapaian Dalam Pizza World Championship 2026 - “Salam 92…”

Astrogempak PIZZA (1)

Sekilas

  • Cik Epal mengucapkan tahniah kepada Zaini Ahmad yang berjaya merangkul tempat ke-92 dalam Pizza World Championship 2026.
  • Ucapan ringkas Cik Epal di Threads mencuri perhatian netizen yang mengaitkannya dengan bekas suaminya, Jofliam, yang berada di tangga ke-99 dalam senarai 100 Chef Pizza Terbaik Dunia.
  • Zaini juga mencatatkan kedudukan ke-17 dalam kategori The Fastest dengan catatan masa membuka lima doh pizza terpantas.

Personaliti media sosial, Cik Epal mencuri perhatian selepas memberikan ucapan tahniah buat peserta Pizza World Championship 2026 iaitu Zaini Ahmad yang berjaya merangkul tempat ke-92 dalam acara tersebut.

Walaupun sekadar ucapan tahniah, segelintir netizen beranggapan ada maksud tersirat di sebalik ayat tersebut.

“Salam 92, tahniah Cef Zaini,” tulis Cik Epal ringkas menerusi hantaran di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula mengaitkan hantaran tersebut dengan bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam yang menduduki tangga ke-99 dalam senarai 100 Chef Pizza Terbaik Dunia di Milan, Itali.

“Lagi mendidih la dia nampak ex ucap tahniah.

“Aduh, berjahit la story jap lagi ni.

“Bagi lagi, we want more!

“Ada yang panas tapi bukan api.

"Punya lama senyap, sekali mari dengan salam 92. Padat mampat. halusssssss.

Terdahulu, Zaini mencipta pencapaian tersendiri apabila berjaya menduduki tempat ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026.

Selain itu, beliau turut berada di kedudukan ke-17 daripada 29 peserta bagi kategori The Fastest, dengan catatan masa mengagumkan dalam cabaran membuka lima doh pizza terpantas.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement