Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis menasihati orang ramai supaya tidak mempersoalkan tindakan individu lain yang tidak memuat naik hantaran berkaitan Palestin di media sosial.
Menurutnya, ini bukan masa untuk membandingkan siapa yang lebih banyak berkongsi atau siapa yang lebih besar ‘jihad’ mereka, sebaliknya fokus utama perlu diberikan kepada usaha diri sendiri membantu rakyat Palestin.
Advertisement
“Ini bukan masanya untuk pertikaikan kenapa orang ini tak post, kenapa orang ini tak share sebanyak orang itu, kenapa orang ini post sikit sahaja.
“Ini bukan masa untuk jadi judgemental dan membandingkan siapa jihad lebih besar. Ini masanya untuk kita fokus kepada diri sendiri, apa yang kita boleh lakukan untuk bantu rakyat Palestin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Cik Manggis turut menyeru masyarakat supaya menghentikan sikap suka menilai atau mengukur tahap perjuangan orang lain berdasarkan aktiviti media sosial semata-mata.
“Musuh kita hanya satu iaitu Isahell, bukan sesama kita. Kita kekal bersatu menentang kezaliman dan #BreakTheSilence together!” katanya lagi.
Terdahulu, misi Global Solidarity Flotilla (GSF) yang disertai lebih 200 aktivis kemanusiaan termasuk beberapa sukarelawan dari Malaysia telah dipintas tentera Israel di Laut Mediterranean.
Bagaimanapun, kesemua mereka dilaporkan selamat keluar dari Israel dan tiba di Istanbul malam tadi selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.
Sumber: Threads