Ringkasan AI
- Ameera Khan dan Jefri Nichol dikatakan sudah berbaik dan kembali berhubung selepas mengikuti semula Instagram masing-masing.
- Dakwaan ini timbul selepas warganet perasan mereka sudah follow balik profil satu sama lain di media sosial.
- Sebelum ini, Ameera dilihat memadam semua gambar mesra bersama Jefri dan mereka saling menyahikuti di Instagram.
- Pasangan ini pernah bercinta tetapi dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri.
- Pada Mac tahun lalu, hubungan mereka dilaporkan kembali bertaut dan semakin terbuka menunjukkan kemesraan di media sosial.
Selebriti media sosial, Ameera Khan didakwa sudah berbaik dan kembali ‘rujuk’ bersama kekasihnya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Dakwaan itu timbul selepas warganet mendapati kedua pasangan itu sudah kembali mengikuti profil masing-masing di Instagram.
“Diorang dah follow each other balik,” kongsi pengguna Threads.
Terdahulu, Ameera didakwa sudah tidak menjalin hubungan istimewa dengan Jefri selepas dilihat memadam kesemua gambar mesranya bersama pelakon filem ‘Ali Topan’ itu.
Malah, mereka juga saling menyahikut profil masing-masing di Instagram.
Untuk rekod, pasangan ini dilaporkan pernah bercinta namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
Sumber: Threads