Skip to main content

Hiburan

Coach Yazik Puji Vokal Aina Abdul, Teruja Lihat Wakil Malaysia Di Eurovision Asia - “Dia Berjaya Membawakan…”

Menurut Coach Yazik, Aina berjaya memberikan persembahan yang jauh lebih bertenaga berbanding ketika sesi latihan, malah turut menampilkan beberapa elemen tambahan yang tidak dilakukan sewaktu raptai.

Sekilas

  • Coach Yazik memuji persembahan Aina Abdul di AJL40 yang lebih bertenaga dan menampilkan elemen tambahan berbanding latihan.
  • Menurut Yazik, Aina hanya memberikan sekitar 50% semasa latihan tetapi berjaya memberikan 100% di pentas sebenar.
  • Coach Yazik teruja melihat Aina mewakili Malaysia di pentas Eurovision Asia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Advertisement

Penyanyi dan guru vokal, Coach Yazik memberikan pujian terhadap persembahan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Menurut Coach Yazik, Aina berjaya memberikan persembahan yang jauh lebih bertenaga berbanding ketika sesi latihan, malah turut menampilkan beberapa elemen tambahan yang tidak dilakukan sewaktu raptai.

Advertisement

“Dia berjaya membawakan semua nota tinggi dengan begitu baik, malah ada beberapa bahagian tambahan yang dilakukannya berbanding ketika latihan.

“Saya memang tahu dia tidak memberikan 100 peratus ketika latihan dan dia sendiri ada memberitahu perkara itu kepada saya ketika sesi temu bual dan pertemuan kami,” katanya.

Yazik juga menyifatkan persembahan Aina di pentas sebenar sebagai bukti bahawa penyanyi berkenaan mempunyai kemampuan untuk meningkatkan tahap persembahannya apabila berada dalam situasi pertandingan.

“Kalau dibandingkan, ketika latihan saya rasa dia hanya memberikan sekitar 50 peratus, tetapi di pentas sebenar dia memberikan 100 peratus. Memang menakjubkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yazik juga menyatakan keterujaannya untuk melihat pelantun lagu Sadis itu beraksi di pentas Eurovision Asia akan datang.

“Sebagai seorang warga Eropah dan pemuzik, saya mengikuti Eurovision setiap tahun, jadi saya sangat teruja apabila Eurovision Asia akhirnya bakal berlangsung! 

Melihat Aina Abdul mewakili Malaysia menjadikan acara ini lebih istimewa. 🇲🇾❤️ Saya sudah lama menjadi peminat Aina dan vokalnya yang luar biasa. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang bakal dibawanya ke pentas Eurovision!” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement