Skip to main content

Hiburan

“Come Sayang, Say Hi B” – Panggilan Manja Bella Astillah Buat Syed Saddiq Ketika Siaran Langsung Curi Perhatian

“Come Sayang, Say Hi B” – Panggilan Manja Bella Astillah Buat Syed Saddiq Ketika Siaran Langsung Curi Perhatian

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq mencuri perhatian ramai dalam siaran langsung pereka fesyen @aintnocrybry apabila Bella menggunakan panggilan manja terhadap suaminya.
  • Syed Saddiq menyapa penonton secara santai walaupun ada urusan Parlimen keesokan harinya, menunjukkan kemesraan pasangan pengantin baru itu.
  • Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Merdeka 118 Precinct dan menjadi pasangan pertama yang disatukan di bangunan ikonik tersebut.
Advertisement

Kemunculan pasangan pengantin baharu, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam siaran langsung pereka gaya fesyen @aintnocrybry mencuri perhatian ramai apabila Bella secara terbuka menggunakan panggilan manja terhadap suaminya.

Menerusi klip potongan siaran langsung yang tular di media sosial, Bella dilihat mengajak Syed Saddiq menyapa orang ramai meskipun Ahli Parlimen Muar itu difahamkan mempunyai urusan Parlimen keesokan harinya.

Advertisement

“Come sayang. Sorry, my husband dia ada Parlimen. Say hi, B,” kata Bella.

Tidak menghampakan permintaan isterinya, Syed Saddiq kemudian tampil menyapa penonton siaran langsung tersebut.

“Assalamualaikum. Nasib baiklah isteri saya panggil, kalau tak tak apalah.

Advertisement

“Korang paling kuat dan setia pada Bella. If she calls, I have to deliver,” katanya berseloroh.

Ketika siaran langsung tersebut berlangsung, Bella dan Syed Saddiq masih mengenakan busana pengantin dipercayai selepas selesai menghadiri sesi bertemu dan beramah mesra bersama peminat BASS, semalam.

Momen itu pantas mendapat perhatian warganet yang terhibur melihat kemesraan pasangan tersebut selepas bergelar suami isteri.

“Macam inilah kita nak. Proud panggil love, sayang, baby dekat husband. Kami tak kisah, kami suka.

“Tak cringe langsung! Dah kahwin pun saya nak vitamin BASS lagi.

“Vitamin fresh malam ini. Pengantin baru muncul sekejap dalam live Bry. Kali ini panggilannya sayang, my husband, B,” antara komen netizen.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis akad nikah berlangsung di Merdeka 118 Precinct dengan Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak Bella.

Pasangan tersebut turut menjadi pasangan pertama disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik berkenaan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Must Watch Video

Advertisement