Sekilas
- Datuk Seri Vida kecewa kerana ruangan komen di media sosialnya sering dibanjiri dengan komen kod QR Touch ‘n Go yang dipercayai berkaitan aktiviti penipuan.
- Situasi ini berlaku walaupun ketika Vida berkongsi berita sedih mengenai pemergian seseorang, menyebabkan netizen menasihati beliau untuk menyekat akaun scammer dan melantik pentadbir komen.
- Pemergian bapanya Cik B, Mohd Amin Yasin, pada 24 Oktober 2026 turut mendapat perhatian, lebih menyentuh hati kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahiran Vida.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa kecewa apabila ruangan komen di media sosialnya sering dibanjiri komen yang memaparkan kod QR Touch ‘n Go (TNG), dipercayai berkaitan aktiviti penipuan.
Menurut Vida, situasi itu bukan sahaja berlaku pada perkongsian biasa, malah turut terjadi apabila dia berkongsi berita mengenai pemergian seseorang.
“Sick betul rasanya. Setiap kali posting banyak komen QR TNG tu 💆🏻♀️
“Share tentang khabar pemergian pun ramai komen letak QR TNG. Boleh sensitif sikit tak? Common sense dah hilang ke?” tulisnya.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menasihati DSV supaya menyekat akaun berkenaan dan melantik pentadbir bagi memantau ruangan komen.
“Scammer tu, block je. Lantik admin monitor komen.”
“Scammer ni by bot ja. System akan detect account with high follower. Lepas tu bila Dato post, system akan tengok engagement post Dato. Lepas tu sistem bot dia akan spam komen. Dia bukan baca pun Dato tulis apa. Sebab yang komen tu semua bot system scammer tu je.
“Dorang tak faham bahasa, kena cakap dalam bahasa alien baru faham.”
“Scammer tu, Dato... Dia scan pun mungkin sebab nak hack dan sedut duit orang.”
“Orang-orang yang macam ni mana ada perasaan. Kerja tak nak tipu duit orang je tahu. Scam ada di mana-mana.
“Block je, scam je banyak tu," komen netizen.
Terdahulu, pempengaruh media sosial, Cik B berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya, Mohd Amin Yasin, 48, yang dilaporkan meninggal dunia pada 24 Oktober 2026.
Menerusi hantaran di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen meluahkan rasa sedih dan mengakui tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya susulan berita berkenaan.
Lebih meruntun hati, pemergian bapanya berlaku pada hari yang sama dengan ulang tahun kelahiran ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida.