Skip to main content

Berita Tempatan

Contentasia Awards 2025 Perkenal Seleksi Undian Peminat, Mierul Aiman, Everett Gomes, Arabella Tercalon!

mierul

Buat julung kalinya, peminat boleh mengundi pelakon-pelakon kegemaran menerusi Contentasia Awards 2025, menerusi Viewers’ Choice Awards.

Lebih istimewa, seramai tiga artis Rocketfuel Entertainment tercalon dalam seleksi pilihan umum yang diperkenalkan tahun ini.

Advertisement

Pelakon Mierul Aiman dan Evertts Gomes tercalon dalam kategori Your Favourite Actors From Malaysia manakala Arabella Ellen pula tercalon dalam kategori Your Favourite Actress From Malaysia.

Sementara itu, drama bersiri Khunsa yang menampilkan pelakon Sherry Alhadad turut tercalon dalam kategori siri pilihan.

Peminat boleh mengundi berkali-kali merentasikategori dan negara setiap satu jam sehingga undian ditutup pada tengah hari (GMT +8) pada Khamis, 4 September 2025.

Terdahulu, Mierul Aiman turut diumumkan tercalon dalam kategori Best Male Lead in a TV Programme/Series Made In Asia menerusi Astro Original Project; Exit.

Undian boleh dibuat menerusi pautan ini: https://a.cstmapp.com/promotions/participate/999090/

Must-Watch Video