Skip to main content

Filem

Corat-Coret: Siap Dengan Konvoi Supercar & 1000 Tiket Percuma, Ini 5 Momen Menarik Tayangan Filem TERBANG X PERWIRA Di Pavillion KL!

Corat-Coret: Siap Dengan Konvoi Supercar & 1000 Tiket Percuma, Ini 5 Momen Menarik Tayangan Filem TERBANG X PERWIRA Di Pavillion KL!

Sekilas

  • Acara tayangan filem TERBANG X PERWIRA di Pavilion Kuala Lumpur meriah dengan konvoi supercar dan kehadiran barisan pelakon termasuk Irfan Zaini yang memandu supercar sendiri.
  • Promosi filem turut diperkasakan dengan billboard gergasi di lokasi acara, menarik perhatian pengunjung dan peminat filem tempatan.
  • 1,000 tiket percuma diberikan sebagai sokongan kepada industri filem tempatan, menjadikan acara ini seperti malam gala yang penuh semangat dan kemeriahan.
Advertisement

Bukan biasa-biasa! Itulah antara ungkapan yang boleh dikatakan ketika acara tayangan filem TERBANG X PERWIRA yang berlangsung pada Jumaat.

Bukan sekadar acara promosi biasa, sebaliknya meriah dengan kehadiran barisan pelakon, konvoi supercar serta 1,000 tiket percuma diberikan sebagai tanda sokongan istimewa buat industri filem tempatan.

Advertisement

Jom kita intai lima momen menarik yang mencuri perhatian sepanjang acara berlangsung!

1. Berpuluh Supercar Curi Perhatian!

Sebaik tiba di kawasan pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur, pengunjung disambut dengan deretan berpuluh supercar secara konvoi yang pastinya membuatkan peminat automotif teruja!

Advertisement

Lebih menarik lagi, kereta utama yang digunakan dalam filem TERBANG, Proton PERT iaitu kereta rali legenda yang memenangi gelaran Juara Dunia FIA Asia-Pasifik (IPRC) juga turut menjadi antara tarikan utama. Memang lain macam suasananya!


2. Irfan Zaini Pandu Supercar Sendiri, Memang Macho!

Kalau dah namanya acara penuh jentera berkuasa tinggi, mestilah kemunculan supercar menjadi perhatian.

Namun, apa yang lebih menarik apabila pelakon filem TERBANG, Irfan Zaini sendiri hadir dengan memandu supercar miliknya. Memang macho habis!


3. Billboard Gergasi Jadi Pentas Promosi TERBANG X PERWIRA

Bukan sekadar supercar yang mencuri tumpuan, malah promosi filem TERBANG X PERWIRA turut dipaparkan menerusi billboard gergasi di hadapan pintu masuk pusat beli-belah berkenaan.

Kehadiran paparan berskala besar itu menambahkan lagi kemeriahan acara, sekali gus menjadikan filem berkenaan antara tumpuan pengunjung yang berada di lokasi.


4. Pelakon Mesra, Peminat Pun Tersenyum Lebar!

Selain Irfan Zaini, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Jack Tan, Shweta Sekhon dan lagenda rali negara, Karamjit Singh.

Apa yang mencuri perhatian, mereka tidak lokek mengukir senyuman ketika melayani peminat yang hadir untuk bergambar bersama.

Nampaknya, bukan sahaja filem yang menjadi tarikan, malah peluang bertemu barisan pelakon secara dekat turut menceriakan peminat!

 

5. 1,000 Tiket Percuma, Sokongan Padu Buat Filem Tempatan!

Lebih manis, Irfan menyifatkan kemeriahan yang dirasai sepanjang acara itu seolah-olah seperti malam gala filem TERBANG.

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Nazir atas pemberian 1,000 tiket percuma sebagai tanda sokongan terhadap filem tempatan.

Satu inisiatif yang pastinya memberi suntikan semangat kepada usaha mengangkat karya anak tempatan ke tahap lebih tinggi!

Untuk info, filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan hidup dan kerjaya lagenda rali negara, Karamjit Singh.

Saksikan filem TERBANG yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement