Skip to main content

Hiburan

“Crush Itu Sekadar Crush Sahaja, Tak Membawa Maksud Apa-Apa Yang Serius” – Siti Khadijah

“Crush Itu Sekadar Crush Sahaja, Tak Membawa Maksud Apa-Apa Yang Serius” – Siti Khadijah

Sekilas

  • Siti Khadijah Halim menganggap pengakuan Amir Ahnaf sebagai 'crush' hanya sekadar pujian dan mereka kini hanya berkawan.
  • Dia tidak menolak kemungkinan hubungan mereka boleh berkembang menjadi lebih serius pada masa akan datang.
  • Siti Khadijah kini fokus pada kerjaya dan percaya orang yang tepat akan datang pada waktu yang sesuai tanpa perlu dicari secara beria-ia.
Advertisement

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil memberikan respons selepas aktor Amir Ahnaf secara terbuka mengakui dirinya sebagai ‘crush’ menerusi sebuah siaran langsung baru-baru ini.

Menurut Siti Khadijah, 29, dia mengetahui mengenai pengakuan tersebut, namun tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius kerana hubungan mereka ketika ini hanya sekadar kawan.

Advertisement

“Saya ada nampak siaran langsung itu. Crush itu sekadar crush sahaja, macam puji ‘saya suka awak’, awak cantik hari ini, ‘lawa tudung hari ini’.

“Ia tidak membawa maksud apa-apa yang serius,” katanya.

Siti Khadijah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pembukaan butik fizikal pertama jenama NADA di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Advertisement

Ditanya mengenai status hubungan mereka yang sering menjadi tanda tanya peminat, Siti Khadijah sekali lagi menegaskan mereka hanya berkawan buat masa ini.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan sekiranya hubungan tersebut berkembang kepada sesuatu yang lebih serius pada masa akan datang.

“Sejujurnya saya sekadar berkawan sahaja dengan dia. Kalau ada rezeki seterusnya, adalah,” ujarnya.

Mengulas mengenai tindakan peminat yang gemar menjodohkan mereka, Siti Khadijah menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal terutama apabila keserasian dua pelakon itu berjaya mencuri perhatian penonton.

“Bukan zaman sekarang sahaja, zaman dahulu pun penonton dah biasa buat begitu.
“Mungkin disebabkan keserasian kami dalam drama nampak hidup, jadi penonton terbawa-bawa. Bagi saya, itu perkara normal,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pemerhatian peminat yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih ‘feminin’ ketika bersama Amir, Siti Khadijah mengakui personaliti aktor tersebut mungkin menjadi penyebab sisi berbezanya lebih terserlah.

“Ada yang kata saya nampak lebih ‘girly’ bila dengan Amir.

“Mungkin orang nampak sisi lain sebab Amir perwatakannya lebih dominan bila berada di sebelah saya.

“Saya sendiri agak dominan juga, tetapi bila dengan dia, nampak perbezaan itu. Lagipun dia selalu ada bersama, sebab itu orang sering nampak kami berdua,” katanya.

Mengenai kehidupan peribadi, Siti Khadijah berkata dia kini lebih memberikan tumpuan terhadap kerjaya dan tidak terlalu mengejar soal percintaan.

“Untuk berkenalan dengan sesiapa itu ada juga, tetapi saya tidaklah mencari secara beria-ia.

“Saya percaya orang yang tepat akan datang pada waktu yang tepat,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

BENTOP Batik Modern Slim Fit Series 1 Baju Kemeja design lengan pendek Modern Floral Batik Short Sleeve

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Must Watch Video

Advertisement