Skip to main content

Hiburan

Cuba Menjadi Yang Lebih Baik, Isteri MK K-Clique 'Slow-Slow' Perbaiki Diri - "Dulu Tak Pakai Handsock, Stoking.."

sddf

Sekilas

  • Siti Hajaar, isteri MK K-Clique, sedang berusaha memperbaiki diri terutama dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.
  • Dia menjelaskan perubahan penampilannya adalah ke arah yang lebih baik walaupun masih dalam proses pembelajaran.
  • Hajaar mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat menilai seseorang berdasarkan luaran dan mendoakan kebaikan sesama insan.

Isteri kepada penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar mengakui dirinya masih dalam proses untuk menjadi insan yang lebih baik, khususnya dalam usaha menutup aurat dengan lebih sempurna.

Perkara itu dikongsikan Hajaar selepas menerima satu komen di platform TikTok daripada seorang individu yang mendakwa terdapat perubahan pada penampilannya.

“Berubah da dia. Suka dia yang dulu,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Hajaar tampil membalas komen tersebut dan menjelaskan perubahan yang dilaluinya adalah ke arah yang lebih baik.

“Saya suka saya yang sekarang. Alhamdulillah, walaupun belum sepenuhnya sempurna. Banyak perubahan saya ke arah yang lebih menutup aurat.

“Mungkin awak nampak dan kenal saya lepas kahwin. Saya masih tengah belajar menjadi yang lebih baik daripada sebelum,” jelasnya.

csdca

Menurut Hajaar, sebelum ini dia mengakui penampilannya jauh daripada sempurna dan masih banyak kekurangan yang sedang diperbaiki secara perlahan-lahan.

“Saya dulu tak pakai handsock, stocking, pakai tudung pun tak berapa sempurna. Sekarang pun masih lagi ‘slow-slow’ belajar. Lebih baik sekarang, alhamdulillah,” katanya.

Dalam masa sama, Hajaar turut meminta orang ramai agar tidak mudah menilai seseorang hanya berdasarkan luaran, sebaliknya mendoakan kebaikan buat sesama insan.

“Doakan ya awak. Jangan terus kita nilai seseorang,” ujarnya.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement