Skip to main content

Hiburan

"Cukup-Cukuplah Menghujat... Saya Masih Berjuang Untuk Terus Hidup” - Zehra Zambri

Astro Gempak 192

Sekilas

  • Zehra Zambri berkongsi rasa lega selepas membaca artikel yang menghuraikan situasi perceraian yang dialaminya dengan tepat.
  • Dia menghadapi pelbagai kecaman dan fitnah ketika isu rumah tangganya hangat diperkatakan, namun penulisan itu sedikit mengubat hatinya.
  • Zehra sah bercerai talak satu dengan suaminya tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.
Advertisement

Penyanyi, Zehra Zambri mengakui hatinya sedikit terubat apabila membaca satu penulisan artikel yang menghuraikan secara terperinci situasi yang dialaminya ketika melalui fasa perceraian sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Zehra turut memuat naik tangkap layar tulisan tersebut yang dikongsikan oleh akaun JBD The Jodoh Analyst.

Advertisement

Menurut Zehra, ketika isu rumah tangganya hangat diperkatakan, dia berdepan pelbagai kecaman dan tuduhan tanpa henti.

vdd

“Ketika kes rumah tangga saya diperkata sangat hebat.. saya dihina, difitnah bertubi-tubi tanpa belas ihsan.. namun jiwa saya ketika itu sedikit terubat apabila membaca satu penulisan artikel ini,” tulisnya. 

Kongsi Zehra, penulisan tersebut benar-benar menggambarkan apa yang dilaluinya sepanjang fasa sukar itu.

Advertisement

“Ia menghuraikan segala-galanya situasi saya dengan tepat. Cukup-cukuplah menghujat saya. Saya masih sedang berjuang ni untuk terus hidup,” tulisnya.

Untuk rekod, Zehra Zambri sah bercerai talak satu dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement