Skip to main content

Hiburan

"Cuma Saya Cakap, Jangan Sampai..." - Zizan Razak

"Cuma Saya Cakap, Jangan Sampai..." - Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak menganggap gambar AI yang dijadikan meme oleh peminat sebagai gurauan dan hiburan tanpa masalah.
  • Pelakon itu memberi komen positif sebagai tanda sokongan kepada peminat yang menghasilkan gambar tersebut.
  • Zizan mengingatkan agar teknologi AI tidak disalahgunakan sehingga menjatuhkan maruah atau menyebabkan rasa malu kepada sesiapa.
Advertisement

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menganggap tindakan peminat yang menghasilkan gambar dirinya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk dijadikan 'meme' hanya sebagai satu gurauan.

Menurut Zizan, dia tidak mempunyai masalah dengan gambar berkenaan dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang menghiburkan, malah menyifatkan komennya terhadap hantaran tersebut sebagai tanda sokongan kepada peminat.

Advertisement

"Saya ketawa je. Tak ada masalah apa-apa gambar macam itu. Saya komen just tanda positif je untuk mereka.

“Tak ada marah. Saya sangat okay,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Zizan mengingatkan agar penggunaan teknologi AI tidak disalahgunakan sehingga boleh menjatuhkan maruah atau membuat seseorang berasa malu dengan dirinya sendiri.

Menurutnya, dia memahami bahawa gambar berkenaan dihasilkan sekadar untuk hiburan dan tidak mempunyai niat buruk.

"Cuma saya cakap, jangan sampai memudaratkanlah. Jangan sampai seseorang itu rasa malu atau rasa diri dia tidak cantik.

“Sebab saya ada mak ayah, saya ada keluarga. Bayangkan kalau saya ambil gambar siapa-siapa, saya AI kan supaya dia jadi nampak perkara memalukan. Itu tak bestlah,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement