Sekilas
- Nabil Ahmad gembira melihat hubungan baik antara Que Haidar dan Nur Fazura yang nampak ikhlas di belakang tabir walaupun tidak pasti jika ia sekadar konten.
- Nabil berkongsi dia mempunyai hubungan rapat dengan Fazura hasil kerjasama sebelum ini dalam beberapa projek termasuk program Bujang Telajak.
- Walaupun tidak mengikuti gosip media sosial, Nabil bersyukur hubungan sesama rakan artis dan duta jenama kekal harmoni dan mesra ketika bekerjasama.
Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui dia sendiri berasa gembira melihat hubungan baik antara pelakon Que Haidar dan Nur Fazura.
Menurut Nabil, walaupun dia tidak pasti sama ada kemesraan tersebut sekadar ‘konten’ atau bukan, namun apa yang dilihat di belakang tabir jelas menunjukkan hubungan yang tulus antara kedua-duanya.
“Memang cuteness overload. Untuk saya, sebab kita tahu keadaan mereka berdua, dan bila lihat sesuatu yang berbunga-bunga di set kan, kita sebagai kawan, kita macam, ‘eh, syoknya dia orang ni, bestnya kan’.
“Tapi, idea benda itu (hubungan mesra) di set up atau tidak, saya tak tahu. Tapi kalau behind the scene, tengok dia orang duduk, lepak, sementara nak tunggu set up kamera apa ke, nampak ikhlas la, InsyaAllah,” katanya kepada Gempak.
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya penyanyi Nabila Razali berjudul Tak Sabar Nak Raya di Matrade, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, pengacara program MeleTOP ini juga memberitahu dia mempunyai hubungan yang baik dengan Fazura malah dianggap rapat memandangkan mereka sebelum ini pernah bekerjasama.
“Hubungan saya dengan Fazura memang sangat baiklah. Kita pernah kerjasama. Saya boleh terlupa dulu kita pernah shooting sama-sama, buat program sama-sama.
“Dulu buat Bujang Telajak… saya, Abang Ape, So, bila diaorang mainkan balik video tu, baru saya macam, ‘Ya Allah, dulu kita agak rapat jugalah rupanya.
“Bila jumpa balik dekat Jakel, Alhamdulillah la apa yang dirancangkan jadi perhatian, diperkatakan. Saya seronoklah sebab apa, hubungan baik tu ada di antara kami,” ujarnya.
Walaupun tidak terlalu mengikuti gosip di media sosial seperti Threads, Nabil bersyukur kerana hubungan sesama rakan artis dan duta jenama kekal harmoni.
“Secara realiti dan hakikatnya bila kita berjumpa hubungan kita sangat baik. Sesama kita, saya, Fazura, Abang Que, Kamal, semua yang ada kat situ memang kita boleh duduk, boleh gelak, boleh enjoy buat kerja sama-sama, that's good enough for me la,” katanya.