Skip to main content

Hiburan

Cuti Sembilan Bulan, Meerqeen Tengah Bersiap Untuk Projek Baharu - “Sepanjang Saya Dalam Industri Saya Belum…”

Meerqeen

Pelakon, Meerqeen mendedahkan dirinya kini sedang berehat daripada menjalani sebarang penggambaran bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya. 

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, keputusan untuk berehat bukan bermakna dia menyepi tanpa sebab, sebaliknya mahu memberi ruang untuk dirinya benar-benar menyelami watak yang bakal dibawa.

“Kalau orang tengok saya senyap, bukan bermakna saya tak buat apa-apa. Saya sedang buat persiapan untuk projek seterusnya.

“Kali ini bukan saja tumpu pada fizikal tapi juga menghayati karakter dengan lebih dalam. Saya cuba dimensi baru yang belum pernah saya bawa sebelum ini,” katanya kepada Gempak. 

Bagi memastikan dirinya benar-benar bersedia, Meerqeen mendedahkan bahawa dia telah pun mengambil cuti selama sembilan bulan bagi menjalani latihan dan persiapan fizikal serta mental.

Advertisement

“Projek filem aksi ini merupakan satu dimensi baru buat saya. Sepanjang saya dalam industri, saya belum pernah membawakan watak sebegini. Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mula bercuti sejak September lalu hingga Mei depan.

“Namun cuti ini bukan hanya duduk diam. Saya gunakan masa ini untuk membuat persiapan fizikal dan mental kerana penggambaran akan bermula tahun depan,” ujarnya. 

Walaupun enggan berkongsi butiran lanjut mengenai naskhah berkenaan, Meerqeen memberi bayangan bahawa projek tersebut merupakan antara yang terbesar dalam kariernya setakat ini.

Must-Watch Video

Advertisement