Skip to main content
Advertisement

Antarabangsa

Dada Disentuh Peminat Ketika Konsert, Megan KATSEYE Bersuara - "Harap Tiada Sentuhan Di Bahagian Tidak Sepatutnya"

Dada Disentuh Peminat Ketika Konsert, Megan KATSEYE Bersuara - "Harap Tiada Sentuhan Di Bahagian Tidak Sepatutnya"

Sekilas

  • Megan Skiendiel dari kumpulan KATSEYE mengalami gangguan seksual ketika berinteraksi dengan peminat sewaktu konsert THE WILDWORLD TOUR di Paris.
  • Rakaman kejadian tersebut tersebar di media sosial dan mendapat kecaman kerana melanggar batas peribadi penyanyi itu.
  • Megan mengingatkan peminat supaya menghormati batas peribadi agar semua dapat menikmati momen konsert dengan selamat dan seronok.
Advertisement

Anggota kumpulan KATSEYE, Megan Skiendiel berdepan detik kurang menyenangkan apabila didakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika mengadakan persembahan di Paris, Perancis.

Kejadian berlaku ketika Megan bersama anggota KATSEYE turun dari pentas untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat sewaktu menyampaikan lagu ‘Time Lapse’ dalam siri konsert THE WILDWORLD TOUR.

Advertisement

Bagaimanapun, keterujaan Megan bertemu peminat bertukar menjadi situasi tidak selesa apabila seorang individu dilihat cuba menyentuh bahagian dadanya.

Megan yang menyedari tindakan tersebut secara spontan mengangkat tangannya bagi mengelak sentuhan berkenaan.

Rakaman kejadian itu kemudiannya tersebar di media sosial sehingga mengundang kecaman dalam kalangan peminat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan melanggar batas peribadi penyanyi berkenaan.

Advertisement

Susulan kejadian itu, Megan tampil bersuara menerusi platform komunikasi peminat dan mengakui terkejut dengan apa yang berlaku.

“Saya agak terkejut apabila seseorang memegang dada saya.

“Saya sangat gembira dapat melihat wajah peminat dari dekat dan berpegangan tangan, tetapi saya berharap selepas ini tiada lagi sentuhan pada bahagian yang tidak sepatutnya,” katanya.

Megan turut mengingatkan peminat supaya menghormati batas peribadi meskipun diberi peluang untuk berinteraksi secara dekat dengan artis.

“Saya harap kita dapat saling menghormati supaya kita semua dapat menikmati momen indah ini bersama-sama dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, THE WILDWORLD TOUR memulakan siri jelajahnya di Dublin pada 1 September lalu sebelum diteruskan ke beberapa bandar di Eropah termasuk Cologne, Antwerp dan Copenhagen.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement